IPOH: Menerima beberapa tawaran untuk menjadi atlet olahraga profesional antarabangsa namun ditolak demi memberi tumpuan penuh kepada bidang akademik.
Itu keputusan pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi selepas menerima tawaran berkenaan susulan berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 100 meter (m) dengan catatan 10.09 saat (s) di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Colombia, baru-baru ini.
Atlet berusia 18 tahun itu berkata sebaik menyinar dalam kejohanan itu, dia menerima tawaran untuk menjadi atlet profesional yang antaranya berpusat di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
“Saya berpegang teguh dengan pendirian mahu fokus kepada pelajaran sebelum menjadi seorang atlet profesional.
“Ini adalah perancangan ‘back-up’ dalam hidup saya yang mana saya merasakan bahawa saya tak akan berlari (menjadi atlet) seumur hidup,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Kecemerlangan Akademik dan Sukan Perak yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, Azeem berkata perkara tersebut telahpun dibincangkan dengan pihak-pihak berkepentingan baru-baru ini.
Katanya walaupun gelaran atlet profesional antarabangsa menjanjikan pelbagai tawaran serta tajaan lumayan, namun ia tidak menjejaskan pendiriannya mengutamakan akademik demi masa depan.
Jelasnya lagi, sekiranya menerima tawaran berkenaan, dia berkemungkinan tidak berpeluang untuk beraksi di kejohanan-kejohanan yang dianjurkan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di AS.
"Ini kerana NCAA menetapkan peraturan yang mana kejohanan yang dianjurkan tidak boleh disertai atlet profesional," katanya.
Pada masa sama, Azeem berkata ketika ini dia telah menerima tawaran daripada lebih 10 universiti di AS bagi melanjutkan pengajian dan mengembangkan bakatnya dalam sukan olahraga.
Katanya, selain Universiti Houston dan Universiti Auburn, dia kini turut menerima tawaran antaranya daripada Universiti Louisiana, Universiti Texas A&M serta Universiti Georgia.
“Semalam baru sahaja diadakan perbincangan dengan Universiti Texas A&M yang mana mereka menawarkan tawaran biasiswa penuh. Namun setakat ini masih ada beberapa universiti lagi yang belum diadakan perbincangan.
“Walau bagaimanapun, saya tetap akan mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung semua tawaran ini daripada Majlis Sukan Negara (MSN), pihak jurulatih dan keluarga.
"Pandangan ini juga bagi mendapatkan gambaran dan pilihan terbaik bagi masa depan saya,” katanya lagi.
Terdahulu, pada majlis berkenaan, Azeem serta lebih 20 atlet Perak menerima insentif daripada kerajaan negeri yang disampaikan Saarani, atas kejayaannya dalam Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun dan memperoleh 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Selain Azeem yang menerima RM1,600, antara atlet lain yang turut menerima insentif adalah penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh yang menerima RM6,000 dan atlet boling padang negara, Siti Zalina Ahmad (RM2,500) atas aksi cemerlang dalam Sukan Komanwel 2022.
Secara keseluruhan, Saarani menyampaikan insentif berjumlah RM30,500 kepada atlet-atlet yang mempamerkan aksi cemerlang dalam pelbagai temasya sukan antarabangsa sementara RM10,900 diperuntukkan kepada atlet yang berjaya dalam SPM.
Amirrul Rabbani
Wed Aug 17 2022
Azeem (lima dari kiri) menerima insentif daripada kerajaan negeri yang disampaikan Saarani. - Gambar/ Astro AWANI
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Ini hadiah kepada ibu bapa saya - Fahmi
Pelari itu memastikan tempatnya di podium dengan mencatatkan masa 10.11s, hanya 0.02 saat perlahan daripada rekod kebangsaan miliknya.
Sukan Asia Hangzhou: Azeem muncul ketiga terpantas Asia
Pelari negara, Azeem Fahmi, menamatkan acara 100 meter lelaki di kedudukan podium apabila meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou, sebentar tadi.
'Beri Azeem masa'
Bekas pelari kebangsaan Nazmizan Muhammad berharap Azeem tukar pendekatan memperlahankan rentak larian ketika hampir garisan penamat.
KBS harap Azeem konsisten pamer aksi terbaik - Adam Adli
Katanya, walaupun terkandas di peringkat saringan keempat kejohanan itu, pujian tetap harus diberikan kepada atlet muda tersebut.
Azeem kandas awal di Budapest
Azeem menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh daripada keseluruhan lapan peserta dengan catatan masa 10.26s.
Azeem miliki perwatakan luar biasa, kata jurulatih
Gagal selindung rasa kecewa di wajahnya selepas memastikan kedudukan lima terbaik Asia membuatkan Azeem tidak teragak-agak membuat janji.
Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir
Muhammad Azeem ungguli saringan kedua dengan catatan 10.24s, Khairul Hafiz di tempat keempat dengan catatan 10.46s pada saringan pertama.
Sukan Olimpik: Azeem Fahmi akan layak ke Paris 2024
Amir Izwan tidak menolak kemungkinan Azeem Fahmi hanya memerlukan sedikit masa lagi untuk layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris.
Azeem Fahmi pulang ke Malaysia, hitung detik lebur rekod kebangsaan
Adakah peminat olahraga tanah air berpeluang menyaksikan pelari pecut muda sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi memperbaharui rekod kebangsaan 100 meter (m) miliknya di halaman sendiri?.
Muhammad Azeem tamatkan aksi NCAA di tempat ke-11
Muhammad Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.04 saat pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hodges.