KUALA LUMPUR: Dua atlet angkat berat negara Muhammad Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad dan Muhammad Ikram Haikal Mohd Zuari masing-masing digantung daripada sebarang penyertaan sukan selama empat tahun susulan isu penggunaan bahan terlarang.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan perkara itu diputuskan Panel Pendengaran Anti-Doping Malaysia selepas kedua-dua atlet tersebut membuat pelanggaran artikel 2.1 dan artikel 2.2 Peraturan Anti-Doping Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) 2021.
Justeru, kedua-dua atlet yang berada di bawah Program Podium itu digantung selama empat tahun bermula 16 Julai 2021 hingga 15 Julai 2025.
"Kedua-dua atlet boleh mengemukakan rayuan secara bertulis terhadap keputusan ini kepada pihak ADAMAS dalam masa 21 hari daripada tarikh surat pemakluman keputusan kepada kedua-dua atlet tersebut," menurut kenyataan itu.
KBS memaklumkan, ADAMAS telah melaksanakan pengujian kawalan doping ke atas Muhammad Azroy Hazalwafie, 27, dan Muhammad Ikram Haikal, 19, pada 21 Mei lepas dan sampel urin kedua-duanya dihantar ke Anti-Doping Lab Qatar yang merupakan sebuah makmal diiktiraf Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
Keputusan analisis sampel A bagi kedua-dua atlet itu dikembalikan dengan Adverse Analytical Finding (AAF) untuk bahan terlarang, iaitu metandienone yang disenaraikan sebagai Anabolic Androgenic Steroids di bawah Senarai Terlarang WADA 2021.
KBS pada masa sama memaklumkan kedua-dua kes itu dikendalikan selaras dengan peruntukan terkandung dalam Peraturan Anti-Doping ADAMAS 2021 dengan hak atlet diberi keutamaan untuk keadilan.
Ia termasuk hak untuk didengar, hak untuk pendengaran adil dalam masa munasabah oleh panel pendengaran yang adil, saksama dan bebas daripada operasi ADAMAS.
"Proses pendengaran komprehensif telah dilaksanakan secara teratur di hadapan Panel Pendengaran Anti-Doping Malaysia yang dilantik secara bebas," kata kenyataan itu.
Sesi pendengaran Muhammad Azroy Hazalwafie diadakan pada 23 Okt lepas, manakala sesi pendengaran Muhammad Ikram Haikal dijalankan pada 30 Okt.
Isu doping yang melanda dua atlet berkenaan menyaksikan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju membubarkan skuad sedia ada yang menyaksikan kesemua empat jurulatih dan 13 atlet terlibat diberikan notis penamatan kontrak berkuat kuasa 1 Nov lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021

Muhammad Azroy (gambar) dan Muhammad Ikram masing-masing digantung daripada menyertai sebarang kejohanan selama empat tahun. - Foto fail/BERNAMA

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Tiga 'gadis besi' Perlis azam pamer aksi terbaik di Sukma KL
Biarpun tidak diletakkan sandaran pingat, tiga sahabat karib dari kem angkat berat Perlis berazam mempamerkan prestasi terbaik di Sukma KL.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Darus Abdullah
Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham.

Enam atlet diserap dalam skuad baharu angkat berat kebangsaan
Pembentukan pasukan baharu tersebut akan menyaksikan pelantikan seorang jurulatih antarabangsa dan tempatan.

Doping: Dua atlet angkat berat digantung empat tahun
Muhammad Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad dan Muhammad Ikram Haikal Mohd Zuari masing-masing digantung empat tahun.

Giliran Muhammad Erry menyinar di Uzbekistan
Bersaing dalam kategori 73kg, Muhammad Erry melakukan angkatan 136kg bagi acara 'snatch' dan 165kg untuk 'clean and jerk'.

Angkat Berat Dunia: Aznil tempah tiket Sukan Komanwel Birmingham
Aznil beraksi dalam kategori 61 kg, Kejohanan Dunia di Uzbekistan untuk muncul sebagai atlet negara kedua meraih pingat emas.

Doping: PABM bimbang dikenakan tindakan IWF
Tiga kes penggunaan bahan terlarang direkodkan atlet angkat berat pada tahun ini.

Tindakan tegas menanti pihak terlibat isu doping - PABM
PABM juga tidak akan teragak-agak menggantung mana-mana negeri bagi beberapa tempoh, berikutan penyalahgunaan bahan larangan.

Bonnie menang emas Powerlifting Para Dunia
Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan apabila berjaya meraih pingat emas dalam kategori 72 kilogram (kg) pada Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia semalam.

Atlet wanita pula positif doping - ADAMAS
Arena sukan angkat berat negara seakan-akan tidak lekang dengan kontroversi apabila seorang atlet wanita didapati positif doping, Oktober lepas.