KUALA LUMPUR: Sambutan Syawal buat atlet tenpin boling negara pastinya berlainan kali ini apabila mereka terpaksa meraikannya secara berasingan selepas tiga daripada atlet disahkan positif COVID-19.
Setiausaha Agung Konfederasi Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok berkata selepas seorang jurulatih skuad Program Podium disahkan positif pada Jumaat lepas, kesemua atlet segera menjalankan ujian saringan dan menjalani kuarantin.
Keputusan diperolehi pada Sabtu mendapati masing-masing seorang atlet lelaki dan wanita positif wabak berkenaan.
"Setakat ini, hanya pasukan Program Podium sahaja terlibat, membabitkan 22 atlet dan empat jurulatih yang menjalani kuarantin selama 10 hari sehingga 17 Mei. Mereka akan menjalani ujian kedua pada 16 Mei dan kami berharap tiada yang positif.
"Hanya seorang atlet lelaki dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) manakal jurulatih dan seorang lagi atlet menjalani kuarantin di rumah," katanya ketika dihubungi.
Skuad tenpin boling negara telah menghentikan sesi latihan mereka sejak Jumaat susulan pengumuman kerajaan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Lembah Klang kerana Sunway Megalanes yang menjadi venue latihan pasukan terletak di Sunway Pyramid.
Maradona berkata punca jangkitan masih belum diketahui, dan menjelaskan bahawa skuad tenpin boling mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sepanjang sesi latihan termasuk memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal.
Mereka memulakan latihan sejak dua minggu lepas yang bermula pada 28 April, sepuluh hari selepas dikejutkan dengan seorang atlet junior dan jurulatihnya Azidi Ameran disahkan positif COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 10 2021
Setiausaha Agung MTBC Maradona Chok berkata selepas seorang jurulatih skuad Program Podium disahkan positif pada Jumaat lepas, kesemua atlet segera menjalankan ujian saringan dan menjalani kuarantin. - BERNAMA
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Dua atlet, seorang jurulatih skuad tenpin boling positif COVID-19 - MTBC
Sambutan Syawal buat atlet tenpin boling negara pastinya berlainan kali ini apabila mereka terpaksa meraikannya secara berasingan selepas tiga daripada atlet disahkan positif COVID-19.