Ederson percaya ada "kemungkinan besar" Carlo Ancelotti akan mengambil alih sebagai ketua jurulatih Brazil yang seterusnya.
Pengurus Real Madrid itu disebut-sebut sebagai pengganti Tite yang meletak jawatan seperti yang dirancang selepas kekalahan Brazil dalam suku akhir Piala Dunia 2022 kepada Croatia.
Ancelotti masih mempunyai kontrak dengan Madrid hingga akhir musim depan, manakala Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF) bulan lalu menafikan perjanjian telah dicapai dengan pengurus berbangsa Itali itu.
Bagaimanapun, bercakap dalam sidang media menjelang perlawanan persahabatan semi-finalis Piala Dunia 2022, Maghribi, Ederson berkata dia tidak akan terkejut sekiranya melihat Ancelotti mengambil alih tugas.
"Saya pernah membincangkan perkara ini dengan Casemiro, Vinicius Junior, Eder Militao. Ada kemungkinan besar dia kemari," kata penjaga gol Manchester City itu,
Ancelotti telah memenangi 25 trofi sepanjang karier pengurusannya selama 28 tahun, termasuk empat gelaran Liga Juara-Juara (UCL), dua untuk Milan dan dua dalam tempoh berasingan bersama Madrid.
"Lihat sahaja pencapaiannya. Kami akan tahu tidak lama lagi sama ada dia akan berada di sini atau tidak," katanya lagi.
“Saya harap kami dapat melantik jurulatih baru dengan segera.
"Saya juga berasa gusar berikutan terlalu banyak spekulasi. Adakah jurulatih Brazil atau asing yang akan dilantik?" - Stadium Astro
Astro Arena
Thu Mar 23 2023
Pengurus Real Madrid itu disebut-sebut sebagai pengganti Tite yang letak jawatan selepas kekalahan Brazil dalam suku akhir Piala Dunia 2022. - Foto fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Ancelotti berisiko dipecat
Tekanan semakin meningkat ke atas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti susulan kekalahan 1-3 kepada AC Milan dalam aksi Liga Juara-Juara.
'Kami terluka' - Luah Ancelotti selepas Real Madrid tewas kepada Barcelona
Carlo Ancelotti menjelaskan Real Madrid tidak perlu 'membuang segala-galanya ke dalam tong sampah' selepas tewas 4-0 kepada Barcelona.
Ancelotti tidak bimbang kecederaan Mbappe
Jurulatih Carlo Ancelotti meyakinkan peminat Real Madrid berikutan keputusan menggantikan Kylian Mbappe dalam menentang Deportivo Alaves.
LaLiga: Carlo Ancelotti bakal kendali aksi ke-300 bersama Real Madrid
Sejak kembali ke Santiago Bernabeu pada 2021, dia telah mengendalikan 180 perlawanan berbanding ketika pada tahun 2013 hingga 2015.
Piala Super UEFA: Ancelotti tidak jamin beri Mbappe penampilan pertama
Ancelotti kekal berahsia mengenai peluang Kylian Mbappe untuk membuat penampilan sulung bersama Real Madrid pada Piala Super UEFA.
Final UCL: Gelaran ke-15 Real Madrid lebih sukar dari dijangka - Ancelotti
Ancelotti berkata, ia bagaikan mimpi tetapi ia satu realiti.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Sentuhan berpengalaman Carlo Ancelotti mampu pacu Brazil - Lucas Leiva
Ancelotti dilaporkan akan menjadi ketua jurulatih baru Brazil di penghujung musim 2023-24 sebaik kontraknya di Real Madrid tamat.
EPL: Kes kontrak Carlo Ancelotti, Everton selesai
Ancelotti sebelum ini dilaporkan membuka kes mahkamah ke atas Everton yang dilabel sebagai 'kontrak dan pengaturan komersial am'.
EPL: Carlo Ancelotti saman Everton
Carlo Ancelotti dilaporkan telah menyaman bekas kelabnya, Everton, berdasarkan rekod mahkamah yang didedahkan.