SUKAN
EPL: Amorim kesal Manchester United goyah tanpa Casemiro, Maguire
Reaksi Bryan Mbeumo selepas menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Manchester United di London, England, 8 Nov 2025. (Foto AP)
PENGURUS Manchester United, Ruben Amorim, berkata pasukannya mempunyai banyak kepincangan selepas seri 2-2 di Tottenham, malam tadi.
Gol penyamaan Matthijs de Ligt pada minit ke-96 memastikan United membawa pulang satu mata sambil melanjutkan rentetan tanpa kalah liga kepada lima perlawanan -- catatan terpanjang di bawah kendalian pengurus Portugis itu.
Bagaimanapun, Amorim kecewa melihat barisannya mengulangi kesilapan serupa di Nottingham Forest, minggu lalu.
United mendahului selama hampir sejam permainan melalui tandukan Bryan Mbeumo dalam separuh masa pertama, namun jaringan lewat daripada pemain gantian Spurs, Mathys Tel dan Richarlison, berselang tujuh minit mengubah permainan.
Ia sebelum De Ligt mengembalikan maruah pasukannya pada ketika kehilangan seorang pemain berikutan Benjamin Sesko ditimpa kecederaan.
Amorim berkata United -- yang sepatutnya mendaki ke tangga kedua andai menang -- bergelut sejurus mengeluarkan Casemiro dan Harry Maguire dengan baki masa permainan kurang dari 20 minit.
"Kami mempunyai banyak masalah," katanya.
"Kami baru sahaja bermula. Saya tahu kadangkala keputusan menunjukkan kepada orang ramai bahawa kami makin meningkat, namun kami masih banyak yang perlu dilakukan.
"Dalam 10 minit terakhir, apabila kami terpaksa mengeluarkan Harry Maguire dan Casemiro serentak, kami dibolosi dua kali. Kemudian kami kehilangan Sesko, walaupun sebelum itu memiliki peluang berharga.
"Beraksi dengan 10 pemain, namun kami mengatasi segala-galanya untuk mengikat kedudukan. Itu adalah satu perkara yang baik tetapi menuju perlawanan, kami agak selesa.
"Saya fikir kami harus beraksi dengan lebih baik, lebih agresif, merasai persekitaran di stadium.
"Kami berpeluang untuk mengutip tiga mata dan saya fikir kami berasa terlalu selesa dalam permainan.
"Kami perlu menjangkakan bahawa dalam satu perlawanan, apa sahaja boleh berlaku serta mengubah suasana stadium, dan itulah hari ini.
"Kami mengawal perlawanan dengan baik, namun kami perlu melakukan yang lebih baik kerana kami berpeluang untuk menang."