awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Manchester United elak kekalahan di tangan Spurs

Astro Arena
Astro Arena
08/11/2025
23:00 MYT
EPL: Manchester United elak kekalahan di tangan Spurs
Matthijs de Ligt meraikan bersama rakan sepasukan Bryan Mbeumo, Leny Yoro dan Mason selepas menjaringkan gol kedua dalam perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan Manchester United di Stadium Tottenham Hotspur, London, Britain, 8 Nov 2025. REUTERS
TOTTENHAM 2 MAN UTD 2
GOL penghujung permainan Matthijs de Ligt memastikan Manchester United menyekat kebangkitan Tottenham Hotspur apabila mengikat kedudukan 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur malam tadi.
Penyokong The Red Devils disajikan dengan keterujaan awal apabila Bryan Mbeumo meletakkan pasukan pelawat itu di depan pada minit ke-32 dengan menanduk masuk lintangan Amad Diallo.
Bagaimanapun, aksi dalam 45 minit kedua jelas menghukum mereka, di mana Spurs menjaringkan dua gol dalam masa tujuh minit, pada ketika perlawanan kian ke penghujung.
Ia bermula dengan jaringan cantik, Mathys Tel, yang melakukan pusingan cantik sebelum melepaskan rembatan gemilang menewaskan Senne Lammens pada minit ke-84.
Hati penyokong United pastinya remuk apabila Richarlison kelihatan dapat menjaringkan gol kemenangan Spurs dalam waktu kecederaan tetapi De Ligt kemudian membawakan kembali kegembiraan itu -- sekurang-kurangnya untuk melebarkan rekod tanpa kalah kepada lima perlawanan berturut-turut -- dengan gol penyamaannya sebelum wisel penamat.
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Liga Perdana Inggeris
#EPL
#Tottenham Hotspur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan