awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Bruno Fernandes dinobat Pemain Terbaik bulan Mac

Muhamad Syazwan
Muhamad Syazwan
05/04/2025
04:00 MYT
EPL: Bruno Fernandes dinobat Pemain Terbaik bulan Mac
Aksi Bruno Fernandes ketika meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga ketika perlawanan EPL antara Leicester City dan Manchester United di Stadium King Power, Leicester, Britain, 16 Mac 2025. - REUTERS
PEMAIN tengah Manchester United, Bruno Fernandes, dinobat sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris bagi Mac 2025, sekali gus menyaksikan ia kali kelima beliau menerima penghormatan berprestij ini.
Fernandes memainkan peranan penting dalam kejayaan Manchester United sepanjang bulan tersebut apabila beliau terlibat secara langsung dalam keempat-empat gol yang dijaringkan pasukan.
Antara pencapaian utamanya termasuk satu jaringan cantik menerusi sepakan percuma dalam keputusan seri 1-1 menentang Arsenal, serta dua bantuan gol dan satu jaringan semasa kemenangan 3-0 ke atas Leicester City.
Anugerah ini meletakkan Fernandes sebaris dengan dua legenda kelab, Wayne Rooney dan Robin van Persie, yang juga telah memenangi anugerah Pemain Terbaik Bulanan sebanyak lima kali sepanjang karier mereka di Liga Perdana.
Akaun media sosial rasmi Manchester United turut meraikan kejayaan itu dengan kapsyen: "Memperkenalkan pemain terbaik Liga Perdana bagi bulan Mac: Bruno Fernandes."
Pengurus dan penyokong Manchester United pastinya mengharapkan momentum ini akan diteruskan oleh Fernandes dalam usaha pasukan untuk menamatkan musim ini dengan keputusan yang positif.
@B_Fernandes8 has matched the tally of another United great #MUFC || #PL pic.twitter.com/a2yMgjhQjE
— Manchester United (@ManUtd) April 4, 2025
Topic Berkaitan
#EPL
#Manchester United
#Bruno Fernandes
#pemain terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan