awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Liverpool tersungkur di Bournemouth

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2023
23:40 MYT
EPL: Liverpool tersungkur di Bournemouth
Pemain Liverpool Mohamed Salah (kanan) ketika cubaan menjaringkan gol semasa perlawanan menentang Bournmouth di Stadium Vitality. - Foto AP
JARINGAN separuh masa pertama Philip Billing cukup memastikan tiga mata milik Bournemouth ketika menewaskan Liverpool, 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Vitality pada Sabtu.
Angkatan Jurgen Klopp yang masih segar dengan kemenangan 7-0 ke atas Manchester United di Anfield minggu lalu berpeluang menyamakan kedudukan pada babak kedua.
Namun sepakan penalti bintang sensasi Mesir, Mohamed Salah pada minit ke-69 tersasar, sekali gus mengangkat pasukan pantai selatan itu daripada kedudukan terbawah carta liga keluar dari zon penyingkiran.
Tiga mata diraih The Cherries melonjak kelab itu dari tempat terakhir ke tangga ke-16 dalam jadual dengan 24 mata, manakala Liverpool merosot di tangga kelima dengan 42 mata selepas mensia-siakan peluang untuk merapatkan jurang tiga mata dengan Tottenham Hotspur di tangga keempat.
Sementara itu, pengendali Liverpool Jurgen Klopp menyifatkan pemain The Reds tidak memanfaatkan deretan peluang dimiliki pelawat dalam perlawanan berintensiti tinggi tersebut.
"Ruang tempat kami bermain sangat jelas, ia sangat terbuka, namun kami tidak menggunakannya dengan kerap, malah kami tidak menikmati cabaran untuk menghadapi pasukan yang bermain secara padat.
"Jika anda menjaringkan gol di sana, ia tidak menjadikan prestasi lebih baik, namun setidaknya boleh mengubah keputusan. Dia (Salah) menjaringkan banyak gol, tetapi dia terlepas sepakan penalti. Itulah kehidupan," kata Klopp. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#EPL
#Liverpool
#Bournemouth
#jurgen klopp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan