MANCHESTER CITY 5-1 LUTON TOWN

Manchester City kekal di atas dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan perbezaan dua mata di hadapan Arsenal dan Liverpool selepas menewaskan Luton Town 5-1 malam semalam.

Seawal minit kedua perlawanan, The Citizen, membuat jaringan pembukaan menerusi penyerang berbakat, Erling Haaland yang terkena kepada pemain pertahanan Luton, Daiki Hashioka.

Masuk kepada babak kedua perlawanan, pemain tengah Manchester City, Mateo Kovacic, melakukan rembatan deras ke arah gol pasukan pelawat sekaligus menewaskan penjaga gol mereka, Thomas Kaminski.

Pada minit ke76, Erling Haaland, sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas Jeremy Doku dijatuhkan.

Bekas pemain tengah Chelsea, Rose Barkley, berjaya menghadiahkan jaringan saguhati selepas kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol, Ederson, memberi ruang buat pemain itu menggelecek pertahanan Man City seterusnya melepaskan rembatan.

Beberapa minit kemudian, giliran Jeremy Doku dan Josko Gvardiol pula menambah derita buat pasukan Luton selepas kedua-duanya menjaringkan gol keempat dan kelima buat Manchester City. - Stadium Astro