awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendidikan baik lahirkan insan cemerlang akademik, berakhlak - PM Anwar
Letupan di Universiti HELP: Polis siasat pelbagai sudut termasuk kecuaian
Ibu hadapi tuduhan abai anak, teman lelaki didakwa cederakan mangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Manchester United benam Liverpool, bintang Martial menyinar

Agensi
Agensi
12/09/2015
23:57 MYT
EPL: Manchester United benam Liverpool, bintang Martial menyinar
Anthony Martial pemain berusia 19 tahun baru sahaja berpindah dari kelab Monaco dengan bayaran perpindahan US$55.1 juta. - Foto AFP
Anthony Martial menjaringkan gol sulungnya buat Manchester United sekali gus menyaksikan kemenangan kelab baharunya itu membenam musuh tradisi Liverpool 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi ini.
Keputusan turut melonjak United ke tangga kedua liga.
Pemain berusia 19 tahun dari Perancis itu baru sahaja berpindah dari kelab Monaco dengan bayaran perpindahan US$55.1 juta (RM242 juta) yang menjadikannya pemain remaja paling mahal di dunia.
Sebelum itu jaringan separuh masa kedua oleh Daley Blind dan Ander Herrera pada minit 49 dan 70 meletakkan United selesa mendahului Liverpool sebelum Christian Benteke menghidupkan peluang buat pasukan pelawat dengan jaringan di minit ke 84.
Namul Martial yang masuk menggantikan Juan Mata melengkapkan kemenangan tuan rumah dengan jaringan ketiga buat Manchester United di Old Trafford.
Kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Kemenangan juga menaikkan semangat pasukan pimpinan Louis van Gaal itu selepas kekalahan 1-2 di tangan Swansea City sebelum ini.
Ini juga adalah kekalahan kedua berturut-turut buat The Reds selepas dibenam West Ham United 3-0 di tempat sendiri .
Topic Berkaitan
#Anthony Martial
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Louis van Gaal
#Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan