awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Pep Guardiola anggap perlawanan di Anfield umpama badai 'tsunami'

Astro Arena
Astro Arena
11/03/2024
01:00 MYT
EPL: Pep Guardiola anggap perlawanan di Anfield umpama badai 'tsunami'
Reaksi Guardiola ketika berlangsung perlawanan EPL antara Liverpool dan Manchester City, di Stadium Anfield, Liverpool, England, 10 Mac 2024. (Foto AP)
PEP Guardiola merasakan Manchester City terselamat daripada badai "tsunami" selepas pertembungan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Anfield, semalam.
John Stones memberikan pasukannya kelebihan dengan jaringan gol pendahuluan pada minit ke-23 sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti Alexis Mac Allister pada awal separuh masa kedua.
Kedua-dua pasukan itu mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan tetapi Liverpool jelas menguasai permainan secara dominan serta memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang mereka.
Keputusan itu membuatkan perlumbaan untuk menjadi juara liga semakin terbuka dengan Arsenal sedang mendahului dengan perbezaan jaringan gol berbanding Liverpool dan Manchester City pula yang ketinggalan satu mata di belakang untuk melalui baki 10 perlawanan lagi untuk mempertahankan gelaran sebagai juara bertahan.
"Kami memberikan mereka sepakan penalti, cepat atau lambat dengan atmosfera di stadium ini, anda hanya mempunyai 15 atau 20 minit sahaja dan ia sudah kelihatan seperti tsunami yang datang kepada sesiapa yang sedang memegang bola.
"Permainan ini tidak mudah tetapi kami tidak pernah berhenti mencuba. Mereka mempunyai peluang dan kami juga mempunyai peluang kami sendiri tetapi selepas permainan tamat hanya ada keputusan seri."
@PepTeam's post-match verdict from Anfield! pic.twitter.com/38biJKKNcD
— Manchester City (@ManCity) March 10, 2024
Topic Berkaitan
#EPL
#Manchester City
#Pep Guardiola
#Liverpool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan