awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Rodrigo Bentancur digantung tujuh aksi akibat kenyataan bersifat rasis terhadap Son Heung-min

Astro Arena
Astro Arena
19/11/2024
06:00 MYT
EPL: Rodrigo Bentancur digantung tujuh aksi akibat kenyataan bersifat rasis terhadap Son Heung-min
Son berkata perkara tersebut telah pun diselesaikannya secara peribadi dengan Bentancur (gambar). - Stadium Astro
Pemain Uruguay dan Tottenham Hotspur, Rodrigo Bentancur, sah dihukum tujuh perlawanan oleh Persatuan Bolasepak England (FA England), akibat membuat kenyataan bersifat rasis terhadap rakan sepasukannya, Son Heung-min dalam satu temu bual, dua bulan lalu.
"Saya terima perkhabaran ini daripada ejen sendiri. Setakat ini, pihak kelab masih belum berkomunikasi bersama saya walaupun berita ini telah pun tersebar secara rasmi.
"Jadi, saya hanya mampu bertenang bersama skuad kebangsaan ketika ini. Kemudian, saya hanya menunggu masa untuk kembali ke kelab," kata Bentancur.
Bagi kapten Spurs pula, perkara tersebut telah pun diselesaikan secara peribadi.
Penyerang Korea Selatan itu juga berkongsi bahawa dia percaya Bentancur benar-benar menyesal dengan kesilapannya.
"Saya sayang Rodrigo, betul-betul sayang. Terlalu banyak kenangan bersama.
"Kami mula bermain bersama sejak awal dia menyertai kelab. Dia sedar akan kesilapannya. Dia juga telah meminta maaf secara peribadi.
"Selepas kembali ke sesi latihan daripada percutian, dia rasa sangat bersalah.
"Saya tetap sayang Rodrigo, dia sedar dengan kesilapannya, dan saya tiada masalah langsung atas hal itu," kata Son Heung Min. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Rodrigo Bentancur
#digantung perlawanan
#kenyataan bersifat rasis
#EPL
#Son Heung-min
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan