awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Tak patut kad merah - Bruno Fernandes

Astro Arena
Astro Arena
30/09/2024
01:00 MYT
EPL: Tak patut kad merah - Bruno Fernandes
Fernandes berjalan meninggalkan padang selepas menerima kad merah ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Tottenham Hotspur di Stadium Old Trafford, Manchester, England, 29 Sept 2024. (Foto AP)
BRUNO Fernandes akur bahawa dia telah meletakkan Manchester United dalam situasi sukar selepas dibuang padang dalam kekalahan 0-3 kepada Tottenham, awal pagi tadi, sambil menegaskan ia tidak sepatutnya kad merah.
Brennan Johnson, Dejan Kulusevski dan Dominic Solanke menemui sentuhan penyudah ketika pasukan pelawat melakar kemenangan di Old Trafford itu.
Dan derita tuan rumah bertambah parah apabila Fernandes dibuang padang pada minit ke-42 susulan terjahannya ke atas James Maddison.
Ia adalah kali pertama Fernandes dilayangkan kad merah dalam 242 penampilan, manakala dia menjadi kapten Red Devils keempat yang menerima nasib itu dalam sebarang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Selepas perlawanan, Fernandes menjelaskan mengapa dia tidak fikir terjahan itu layak menerima hukuman keras oleh pengadil, Chris Kavanagh.
“Saya tergelincir dan tidak pernah menggunakan tapak kaki, buku lali saya telah berlaga dengannya,” kata pemain dari Portugal itu kepada Sky Sports.
4 - Manchester United captains to be sent off in a Premier League game at Old Trafford: Roy Keane v Man City, Apr 2001 Nemanja Vidic v Liverpool, Mar 2014 Wayne Rooney v West Ham, Sep 2014 Bruno Fernandes v Tottenham, Sep 2024 Errant. pic.twitter.com/axVdKvhCbW
— OptaJoe (@OptaJoe) September 29, 2024
"Ia jelas satu kesalahan tetapi tidak sepatutnya kad merah. Malah, sebaik Maddison bangkit, dia berkata ia adalah satu kekasaran tetapi bukanlah sampai tahap kad merah.
"Di kaca mata semua orang, anda boleh melihat ia tidak sepatutnya kad merah.
“Jika ini adalah kad merah maka kita perlu melihat setiap insiden. Saya tidak pernah melihat keputusan kad merah dibuat begitu cepat.
"Jika dia mahu memberikan saya kuning kerana ia adalah satu serangan balas, saya bersetuju tetapi saya tidak faham mengapa VAR (video bantuan pengandil) tidak digunakan, ia adalah satu keputusan yang buruk."
Topic Berkaitan
#EPL
#Manchester United
#Bruno Fernandes
#kad merah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan