awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Espanyol kesal Lewandowski terima layanan istimewa RFEF

Astro Arena
Astro Arena
03/01/2023
03:00 MYT
Espanyol kesal Lewandowski terima layanan istimewa RFEF
Lewandowski terbaring di atas padang sambil pemain Espanyol Vinicius Souza (tengah, kanan) dilihat ditolak ke tepi ketika perlawanan La Liga antara Barcelona dan Espanyol di stadium Camp Nou, Barcelona, Sepanyol, 31 Dis 2022. - Gambar fail AP
ESPANYOL menyifatkan keputusan untuk menangguhkan penggantungan penyerang Barcelona, Robert Lewandowski, sebagai satu bentuk ketidakadilan yang ketara.
Lewandowski dibuang padang atas dua kesalahan yang boleh dilayangkan kad dalam perlawanan terakhir Barca sebelum rehat Piala Dunia pada November lalu dalam kemenangan 2-1 di Osasuna.
Persekutuan Diraja Bolasepak Sepanyol (RFEF) pada mulanya menghukum Lewandowski dengan penggantungan tiga perlawanan lanjutan kerana dakwaan isyarat yang dibuatnya terhadap pengadil, Jesus Gil Manzano, tetapi hukumannya ituditangguhkan minggu lalu berikutan aduan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Oleh itu, Lewandowski boleh diturunkan ketika mereka seri 1-1 di Camp Nou, Ahad lalu apabila pengadil, Antonio Mateu Lahoz, melayangkan 17 kad kuning, termasuk satu terhadap pengurus Barca, Xavi, yang bertindak pantas mengeluarkan Jordi Alba dan Vinicius Souza.
Walaupun meraih satu mata berharga dalam usaha mereka mengelak penyingkiran, Espanyol mempersoalkan kelayakan Lewandowski untuk bermain.
21 - FC Barcelona have failed to win a game when thay have attempted 20+ shots in LaLiga 2022/23 (21) for the second time after in the last August v Rayo Vallecano (21). Jam. pic.twitter.com/Kn7tt20Xfr
— OptaJose (@OptaJose) December 31, 2022
Kenyataan di laman web kelab itu berbunyi: "RCD Espanyol telah menyerahkan surat aduan kepada RFEF untuk mencabar perlawanan menentang FC Barcelona untuk penjajaran yang tidak betul.
“Sebelum perlawanan dimulakan, kelab memberitahu dengan penuh baik kepada pengadil, Antonio Mateu Lahoz, seperti yang RFEF sendiri maklum mengenai kehadiran Robert Lewandowski dalam kesebelasan utama seteru dan kami berdepan sepakan penaltinya biarpun dia sepatutnya digantung sesudah mengumpul dua kad kuning dalam perlawanan terdahulu.
"RCD Espanyol, seperti yang diumumkan pada malam perlawanan, akan menggunakan segala sumber yang ada untuk mempertahankan kepentingannya dan peminat kami.
"Kami sedar bahawa ketidakadilan yang nyata ini meletakkan intipati perjuangan kami dalam risiko dan ketidakadilan ini adalah bersandarkan satu penyelesaian yang dibuat secara tergesa-gesa akibat kelemahan undang-undang."
Topic Berkaitan
#barcelona
#Robert Lewandowski
#Espanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan