awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Euro 2016: 'Sepakan percuma saya bukan ikut cara Ronaldo' - Bale

Astro Arena
Astro Arena
20/06/2016
09:45 MYT
Euro 2016: 'Sepakan percuma saya bukan ikut cara Ronaldo' - Bale
Bale telah melakar jaringan menerusi dua sepakan percuma setakat ini. - Foto AFP
PEMAIN bintang Real Madrid, Gareth Bale tidak berhajat untuk mengikut nasihat rakan sepasukannya Cristiano Ronaldo, selepas keduanya mengalami nasib berbeza ketika mengambil sepakan percuma di pentas Euro 2016.
Bintang Wales itu telah melakar jaringan menerusi dua sepakan percuma setakat ini.
Tiada pemain yang pernah merekodkan tiga jaringan sepakan percuma dalam satu Kejohanan Eropah setakat ini.
Bagaimanapun, senario berbeza dialami Cristiano Ronaldo yang masih gagal menemui gol dalam 36 percubaan di kejohanan besar setakat ini bersama Portugal.
Terbaru, Ronaldo gagal menyempurnakan dua peluang keemasan ketika berdepan Austria yang berkesudahan seri tanpa jaringan.
Ketika Bale ditanyakan soalan adakah dia menerima nasihat dari bintang Portugal itu ini jawapannya: "Tidak, saya mengikut cara saya tersendiri.
"Kami sememangnya berlatih bersama-sama tetapi di kedudukan yang berbeza.
"Cara tendangan saya juga berbeza, mengikut kepada di mana kedudukan bola dan berapa dekat saya dengan gawang gol.
"Ada pemain yang sekadar menendang dan berharap bola itu masuk, tetapi itu bukan cara saya jadi saya berpuas hati apabila latihan selama ini membuahkan hasil," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Cristiano Ronaldo
#Euro 2016
#Gareth Bale
#penalti
#Real Madrid
#tendangan percuma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan