awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faisal mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi

Sinar Harian
Sinar Harian
15/05/2024
04:30 MYT
Faisal mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi
Faisal dirawat selepas mengalami kelecuran tahap empat apabila disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, 5 Mei lalu. - Gambar fail
PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
Bagaimanapun, Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata, doktor masih memantau tahap pemulihannya dan hanya pakar di hospital yang boleh memberikan jawapan sebenar mengenai tempoh masa tersebut.
"Perkembangan pemulihannya baik tetapi perkara ini saya serahkan kepada pihak doktor.
"Mungkin ada yang bertanya berapa lama lagi Faisal akan berada di hospital, saya rasa paling kurang pun dalam dua minggu lagi," katanya.
Faisal dirawat selepas mengalami kelecuran tahap empat apabila disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya, 5 Mei lalu.
Tonggak sayap kebangsaan itu juga sudah melalui tiga proses pembedahan termasuk prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tersebut.
Dalam pada itu, Shahril berkata, Faisal dijaga dengan baik termasuk dari segi emosi biarpun pemain yang lebih mesra disapa sebagai Mickey itu ada bertanyakan mengenai perkembangan Selangor FC.
"Dia ada bertanya kepada isterinya (berkenaan Piala Sumbangsih). Tetapi, buat masa ini macam saya kata, kita tak nak pemikiran dia terganggu.
"Kalau ikutkan Faisal ini seorang yang sangat teliti, sering bertanya apa terjadi. Sekarang ini kita nak fokus kepada pemulihan dia dahulu," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#tahap kesihatan
#dibenar keluar
#simbah asid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan