awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Faiz Subri terima hadiah RM15,000 daripada TMJ

Bernama
Bernama
07/12/2016
05:15 MYT
Faiz Subri terima hadiah RM15,000 daripada TMJ
TMJ memberikan kurniaan berkenaan sebagai penghargaan atas kejayaan Mohd Faiz (gambar) yang mengharumkan nama negara. - Gambar fail
Penaung Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkenan memberikan kurniaan sebanyak RM15,000 kepada Mohd Faiz Subri.
Hadiah itu bagi kejayaan pemain Pulau Pinang itu setelah berada dalam kelompok tiga calon terbaik Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.
Menurut laman sosial Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberikan kurniaan berkenaan sebagai penghargaan atas kejayaan Mohd Faiz yang mengharumkan nama negara.
"Namun ia tidak ada sebarang kaitan berkenaan spekulasi beliau akan menyertai JDT (Johor Darul Ta'zim) untuk saingan Liga Malaysia musim hadapan. "Selamat maju jaya diucapkan buat Faiz Subri," katanya.
FIFA menerusi lama web rasminya, www.fifa.com mengumumkan tiga gol terbaik ke peringkat akhir untuk Anugerah Puskas FIFA 2016.
Selain gol ajaib Mohd Faiz, turut tersenarai dalam senarai akhir untuk anugerah berkenaan ialah jaringan pemain kelab Corinthians, Brazil, Johnath Marlone Azevedo da Silva dan wakil tunggal wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela.
Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi jaringan Mohd Faiz melalui laman web rasmi FIFA, www.fifa.com sebelum pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich, Switzerland pada 9 Jan depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Faiz Subri
#FIFA
#Puskas
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan