IPOH:Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah jika bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terus dikekalkan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) untuk mengemudikan badan sukan itu dalam menghadapi kancah Liga Malaysia musim depan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak Khairul Shahril Mohamed berkata perkara penting yang perlu dilaksanakan adalah memastikan skuad The Bos Gaurus terus berjaya mengharumkan nama negeri.
"Terpulang pada beliau, kita di peringkat kerajaan negeri hanya nak memastikan perjalanan pasukan Perak berada dalam keadaan cukup baik kerana bola sepak merupakan sukan yang cukup rapat di hati rakyat.
"Di peringkat kerajaan negeri, kita akan akan memantau pergerakan atau apa jua yang berlaku di PAFA kerana hasrat kita untuk pastikan semua berjalan lancar," katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.
Pada 16 Dis lalu, Ahmad Faizal memaklumkan beliau akan meletak jawatan sebagai Presiden PAFA selepas berakhirnya Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Bagaimanapun beliau dalam kenyataan sama memaklumkan bersedia untuk terus menyumbang idea dan pendapat kepada kepimpinan PAFA yang akan diterajui oleh presiden baharu nanti.
Selain itu, Khairul Shahril berkata sekiranya Ahmad Faizal kekal dengan pendiriannya untuk meletak jawatan, perkara itu perlu diputuskan dalam Kongres Tahunan PAFA yang dijadual berlangsung pada awal tahun hadapan.
"Semuanya bergantung kepada kongres itu. Kita tiada kuasa dan kita juga tak berhasrat untuk letakkan mana-mana individu untuk jawatan tersebut," katanya.
Mengulas persiapan Perak, katanya, setakat ini ia berjalan lancar dan urusan kemasukan pemain-pemain baharu ke dalam pasukan juga telah diselesaikan oleh pihak pengurusan.
"Kita harap perkara ini akan terus melonjakkan momentum para pemain untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan Perak terus kekal sebagai antara pasukan disegani dalam kancah bola sepak negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 23 2020
Kerajaan negeri tidak mempunyai masalah jika bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terus dikekalkan sebagai Presiden PAFA. - Gambar fail
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Ahmad Faizal letak jawatan Presiden PAFA
Datuk Adly Shah Ahmad Tah pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Presiden Pafa dan Pengurus Pasukan Liga Super Perak.
MB Perak kesal Presiden Pafa letak jawatan
Hasnul disifatkan telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin sehingga pasukan Perak berjaya meraih Piala Malaysia.
MB Perak percaya Presiden Pafa akan buat keputusan tepat
Ahmad Faizal berkata beliau memahami kekecewaan dan permintaan penyokong pasukan The Bos Gaurus (TBG).
Presiden Pafa tidak berganjak walaupun didesak letak jawatan
Hasnul Zulkarnain berkata desakan itu adalah bermotifkan politik dan serangan peribadi sejak beliau mengambil alih jawatan Presiden Pafa.