awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FAM kekal keputusan tolak penyertaan Perlis dalam Piala Belia, Presiden

Bernama
Bernama
09/03/2019
21:44 MYT
FAM kekal keputusan tolak penyertaan Perlis dalam Piala Belia, Presiden
Yusoff berkata Perlis telah beberapa kali memohon tempoh lanjutan tetapi JKPT FAM berpendapat ia tidak seharusnya berlaku kerana pasukan-pasukan lain boleh menghormati tarikh akhir yang ditetapkan tanpa sebarang isu. - Gambar fail
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengekalkan keputusan mereka untuk tidak membenarkan Perlis beraksi pada Kejohanan Piala Presiden (Bawah 21) dan Piala Belia (Bawah 19) pada musim ini setelah mengambil kira beberapa faktor.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, dalam satu kenyataan pada Sabtu, berkata pasukan Perlis gagal atau enggan untuk menyempurnakan pendaftaran minimum pemain dan pegawai sehingga ke tarikh tutup pendaftaran asal iaitu pada 15 Feb lalu.
Beliau memaklumkan Perlis turut gagal menyempurnakan pendaftaran minimum pemain dan pegawai walaupun kesemua pasukan telah diberikan tempoh lanjutan (tarikh baharu tutup pendaftaran pertama) iaitu pada 22 Feb lalu.
"Perlis gagal menyediakan perlindungan insurans kepada pemain dan pegawai selain gagal mengemukakan Sijil Perpindahan (SPN) bagi pemain," kata Mohd Yusoff yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM.
Beliau berkata Perlis telah beberapa kali memohon untuk diberikan tempoh lanjutan pendaftaran tetapi JKPT FAM berpendapat bahawa ia tidak seharusnya berlaku kerana pasukan-pasukan lain boleh menghormati atau mematuhi tarikh akhir yang ditetapkan tanpa sebarang isu.
"JKPT telah pun memberikan tempoh lanjutan pendaftaran kepada semua pasukan dan seringkali memberi peringatan melalui Unit Pertandingan FAM kepada semua pasukan untuk mematuhi tarikh akhir yang telah ditetapkan.
"Tindakan Perlis ini jelas menunjukkan bahawa mereka masih lagi belum bersedia untuk mengambil bahagian dalam kedua-dua pertandingan ini dan sekiranya dibenarkan untuk kekal, ia boleh mendatangkan masalah kepada pasukan lain dan pada masa yang sama memudaratkan pertandingan itu sendiri," jelas Mohd Yusoff.
Beliau, bagaimanapun, berkata FAM bersetuju memberi kelonggaran kepada pemain dan pegawai Perlis untuk didaftarkan bermain dan berkhidmat bersama pasukan lain dalam Piala Presiden dan Piala Belia 2019 walaupun tarikh pendaftaran asal dan lanjutan telah pun berakhir.
Justeru, pasukan Piala Presiden dan Piala Belia 2019 yang masih mempunyai kekosongan dalam pasukan (tiada penambahan terhadap jumlah asal maksimum pendaftaran yang telah ditetapkan) adalah dibenarkan membuat pendaftaran pemain dan pegawai baharu terhad kepada bekas pemain dan pegawai pasukan Perlis bagi Piala Presiden dan Piala Belia 2019 sahaja, katanya.
Beliau memaklumkan jumlah pemain yang boleh didaftarkan adalah 20 sehingga 33 pemain berumur 19 tahun dan ke bawah bagi saingan Piala Belia dan jumlah sama (22 sehingga 33 pemain) berumur 21 tahun dan ke bawah bagi Piala Presiden.
Pendaftaran pemain dan pegawai kedua-dua pertandingan berkenaan akan bermula Isnin hingga Khamis depan.
Keputusan berkenaan dicapai pada mesyuarat JKPT FAM kali keempat bagi penggal 2017-2021 di Wisma FAM, Kelana Jaya, pada Jumaat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#insurans
#kontroversi
#Mohd Yusoff Mahadi
#pegawai
#pemain
#pendaftaran
#Perlis
#Piala Belia
#Piala Presiden
#Sijil Perpindahan
#SPN
#tarikh tutup
#tempoh lanjutan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan