Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melancarkan DNA bola sepak Malaysia, sebagai rujukan kepada semua pihak memahami corak dan gaya permainan mengikut cara pasukan negara.
Ia telah dilancarkan secara rasminya oleh Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.
DNA bola sepak Malaysia yang juga dikenali sebagai 'Cara Malaysia' merupakan satu manifesto falsafah bola sepak negara termasuk sistem kejurulatihan yang sama untuk semua kumpulan umur, dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat elit.
Timbalan Presiden FAM Datuk Subahan Kamal yang juga Pengerusi Teknikal FAM dan Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Remaja dalam ucapannya berkata, program itu meliputi cara yang memfokuskan etika berpasukan dengan menyerang sebagai sebuah pasukan dan bertahan sebagai satu unit.
"Secara amnnya, DNA bola sepak Malaysia merupakan satu pelan tindakan kepada semua pihak, bagaimana cara bermain dengan gaya yang sama dan kesamaan dari kumpulan umur paling muda sehinggalah ke peringkat paling tinggi.
"Sasaran kami untuk melahirkan pemain yang benar-benar membawa DNA Malaysia pada 2030 selaras dengan kemuncak 'Roadmap F:30'," katanya.
Sementara itu, Pengarah Teknikal FAM Peter de Roo menjelaskan bahawa, Cara Malaysia itu boleh dilihat dalam cara pasukan di bawah kendalian jurulatih negara Tan Chen Hoe bermain, yang mana mereka bergerak sebagai satu pasukan dalam perubahan dari pertahanan ke serangan dan juga bertahan secara keseluruhannya.
Katanya DNA itu merupakan asas kepada pembangunan pemain dan jurulatih.
"DNA bola sepak Malaysia akan melahirkan lebih ramai jurulatih berpengalaman dan meningkatkan standard pemain Malaysia ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Terdahulu Hamidin melancarkan DNA Bola Sepak Malaysia dengan menandatangani buku yang menjadi manuskrip falsafah bola sepak negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2019

Hamidin (kiri) menandatangani Buku Pelancaran Majlis DNA Bola Sepak Malaysia hari ini. Turut serta Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Subahan Kamal (kanan) dan Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo (tengah). - Bernama
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri: Periksa Kenderaan Balik Kampung
Kurang seminggu lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Pastinya ramai yang sedang melakukan persiapan untuk balik kampung. Jangan lupa juga untuk periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan yang panjang. Ikuti tipnya dalam #AWANIPagi

Syarikat farmasi British janji pelaburan AS$2.5 bilion di Beijing
Gergasi farmaseutikal Britain AstraZeneca menandatangani perjanjian bersejarah untuk melabur AS$2.5 bilion di Beijing.

Mesir nafi dakwaan pindahkan sementara 50,000 penduduk Gaza ke Sinai
Mesir menafikan dakwaan negara itu bersedia untuk memindahkan sementara 500,000 penduduk Gaza ke utara Sinai.

UK tuan rumah kepada delegasi ASEAN untuk bengkel serantau biologi kejuruteraan
Bengkel itu menyediakan platform penting untuk menyelaraskan peraturan, piawaian teknikal dan inovasi antara UK dan ASEAN.
Bazar perayaan lain di KL guna konsep bazar Ramadan, Aidilfitri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengesahkan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur, termasuk Bazar Deepavali dan Bazar Tahun Baharu Cina akan datang.
Peniaga petai dapat ganti rugi & lesen sementara
Peniaga petai yang tular didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa, telah menerima ganti rugi.
Polis kesan pemandu Ford Ranger langgar lari di Ampang
Polis sedang menyiasat satu insiden kemalangan yang tular di media sosial melibatkan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger kelabu yang didakwa terlibat dalam kejadian langgar lari di Jalan Pandan 1 menghala ke MRR2.
Polis mohon bantuan kesan Nur Aidil Fitri
Polis mohon bantuan kesan seorang remaja lelaki, Nur Aidil Fitri Arasy Helmi, berusia 17 tahun, dilaporkan hilang di Bandar Sri Damansara Khamis lalu.

Pentadbiran Trump panik selepas dokumen pembunuhan JFK dedah data peribadi
Daripada 64,000 halaman yang didedahkan oleh Arkib Negara, ratusan daripadanya mengandungi maklumat peribadi tanpa disunting.
Jumlah mangsa di Johor dan Sarawak bertambah, Sabah semakin baik
Portal InfoBencanaJKM memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor meningkat pagi ini

Status jumlah pasukan Liga Super 2025-2026 selepas 30 April - MFL
First Instance Body akan bermesyuarat bagi memutuskan jumlah pasukan yang layak mendapat Lesen Kebangsaan sekali gus beraksi pada Liga Super 2025-2026.

Nottingham Forest barakan sensasi gaya retro memukau di EPL
Biarpun kurang memukau dari segi estetika, kecekapan adalah kunci utama Espirito Santo dalam mengemudi kelab dengan bajet kecil seperti Forest.

TMJ dedah Sri Pahang, Kedah berkubur musim depan
Tunku Mahkota Ismail menjelaskan, masalah berpunca daripada pengurusan kewangan yang tidak cekap apabila perbelanjaan melebihi pendapatan.

Gol ke-927: Statistik luar biasa Ronaldo
Gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti itu turut mencipta satu lagi rekod luar biasa dalam karier Ronaldo.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

FIFA tarik balik penggantungan Persekutuan Bola Sepak Pakistan
Persekutuan Bola Sepak Pakistan sebelum ini digantung buat kali ketiga dalam tempoh kurang daripada lapan tahun.

Manchester City kekal kedudukan teratas sebagai pasukan paling berharga di dunia
Manchester City mendahului dengan nilai pasaran EUR1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (EUR1.23 bilion), Arsenal (EUR1.15 bilion), Barcelona (EUR1.01 bilion) dan Liverpool (EUR967.50 juta).

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

RS Berkane sambut baik keputusan CAS sahkan kemenangan separuh akhir Piala Konfederasi CAF
RS Berkane memaklumkan menerima keputusan CAS yang menolak rayuan USM Algiers untuk membatalkan keputusan kedua-dua perlawanan separuh akhir.