JURULATIH skuad B22 negara, Brad Maloney, menerima hadiah Hari Natal bermakna tahun ini apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sah melanjutkan kontrak pengendali dari Australia itu selama dua tahun.

Memberi perkongsian lanjut kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar, menjelaskan keputusan itu dicapai selepas badan induk itu berpuas hati dengan pencapaian Maloney tahun ini.

"Maloney telah menerima tawaran kontrak lanjutan dan dia akan kekal bersama skuad B22 negara," kata Saifuddin.

"Dia telah menjalankan tugas yang terbaik bagi memastikan pasukan beraksi dalam saingan di Uzbekistan sementara peluang untuk membawa pulang pingat emas dalam saingan Sukan SEA nanti."