KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), telah memohon kepada kerajaan untuk memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada 2,500 pemain dan pegawai di peringkat elit, demi kelangsungan saingan Liga Malaysia (Liga-M).
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, inisiatif itu hasil perbincangan bersama Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan (KKM), dengan sasaran kelompok pemain tempatan dapat diberikan suntikan vaksin dengan kadar segera.
"FAM dan MFL telah berjumpa dengan Menteri MOSTI Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berbincang mengenai perlunya vaksin diberikan kepada pemain dan pegawai secepat mungkin. Mungkin selepas kumpulan petugas barisan hadapan dan keutamaan lain diberikan.
"Kita berdoa vaksin kita dapat digunakan supaya dapat melihat bola sepak tempatan bergerak dengan lebih baik dan berkeyakinan, terhadap kelangsungan saingan Liga-M," katanya dalam sidang video bersama pihak media, hari ini.
Malaysia dijadual menerima bekalan pertama vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech esok, dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi fasa pertama akan dilaksanakan bermula 26 Feb.
Pada masa sama, Hamidin yang juga Presiden MFL berkata FAM dan MFL akan memastikan semua pasukan Liga-M mematuhi prosedur operasi standard (SOP) demi kelancaran perjalanan saingan liga, seterusnya membolehkan penyokong kembali ke stadium.
"Kalau semua berjalan dengan baik mungkin dua atau tiga bulan lagi kita inginkan kemasukan penyokong ke stadium sekurang-kurangnya dengan jumlah 10 peratus," jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai baki aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada Jun, Hamidin memaklumkan FAM tidak bersedia menjadi tuan rumah bagi saingan yang bakal dijalankan secara karnival itu.
Jelasnya, antara kelima-lima negara dalam saingan kumpulan itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan negara terbaik, memandangkan hampir kesemua rakyat UAE telah menerima suntikan vaksin COVID-19 selain penguatkuasaan SOP lebih bersistematik di negara tersebut.
"Kita serahkan kepada AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) untuk tentukan venue terbaik pada Jun nanti, dan kita komited mahu menghabiskan baki tiga perlawanan saingan kelayakan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 20 2021

HAMIDIN: Kita berdoa vaksin kita dapat digunakan supaya dapat melihat bola sepak tempatan bergerak dengan lebih baik dan berkeyakinan. - Gambar fail

Undang-undang Islam: Terlalu tegas boleh membawa kepada hipokrasi - Mustafa Akyol
Orang Islam perlu sedar setiap perkara yang dilakukan, perlu dibuat dengan niat kerana Allah, dan bukan kerana undang-undang tertentu.

Remaja maut terkena renjatan elektrik selepas melarikan diri daripada kereta terbakar
Seorang remaja maut akibat renjatan elektrik selepas terlibat dalam kemalangan di Florida, Amerika Syarikat.

COVID-19: India luluskan penggunaan vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan Rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes.

Bursa AS rendah, pelabur tunggu data inflasi
Saham di Bursa New York ditutup rendah pada hari pertama dagangan minggu ini dengan pelabur menunggu laporan pendapatan korporat.

COVID-19: PBB gesa kerajaan pertimbang cukai kekayaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan semua negara mempertimbang untuk mengenakan 'solidariti atau cukai kekayaan' kepada golongan kaya.

Tembakan | Polis siasat punca tembakan di sekolah
Pihak polis Knoxville, Tennessee, Amerika Syarikat menerima laporan berhubung kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah melibatkan beberapa mangsa. Beberapa das tembakan dilepaskan termasuk terhadap seorang anggota polis, bagaimanapun menurut laporan awal, siasatan masih dijalankan.

COVID-19 | Keliru & tidak konsisten amalkan SOP punca penularan meningkat
Kekeliruan, rasa puas hati dan tidak konsisten dalam mengamalkan langkah-langkah kesihatan menyebabkan peningkatan kes COVID-19. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran jika perkara itu berterusan ini bermaksud pandemik itu masih jauh untuk tamat.

COVID-19 | India luluskan pengguna vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes. Perkara itu disahkan Dana Pelaburan Langsung Rusia (RDIF), pada Isnin.

COVID-19 | Angka korban global kini lebih 2.94 juta
Angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan sejak 24 jam lepas. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melebihi 2.94 juta kes.

COVID-19 | Sepanyol masih catat kenaikan kes
Jumlah kes positif COVID-19 harian di sepanyol menunjukkan peningkatan yang perlahan berbanding peningkatan kes sebelum ini. Pengarah Koordinator Pusat Kesihatan Awam dan Kecemasan, Fernando Simon memaklumkan, negara itu mencatatkan kadar peningkatan 199 kes bagi setiap 100 ribu orang dalam tempoh 14 hari lalu.

Persatuan Mini Football Malaysia ditubuhkan
Persatuan itu menyasarkan untuk mempromosikan bola sepak mini, yang kini semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Cheng Hoe lega dengan pindaan jadual Liga-M 2021
Cheng Hoe sangat gembira dan berterima kasih kepada MFL yang mempertimbangkan permohonan pihaknya untuk meminda kalendar Liga-M 2021.

Presiden AFC mahu prestasi Harimau Malaya dipertingkat
Presiden Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Shaikh Salman Ibrahim Al Khalifa menekankan bahawa prestasi pasukan bola sepak kebangsaan perlu dipertingkat.

Bola sepak: Kem latihan skuad Harimau Malaya dipendekkan
Pasukan bola sepak kebangsaan telah menamatkan kem latihan pusat di Johor Bahru, dua hari lebih awal berbanding perancangan asal sehingga Selasa ini.

FAM akan teliti prestasi pengadil - Sivasundaram
Beliau bagaimanapun perlu membentuk jawatankuasanya dahulu yang dijangka dapat dilakukan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Kejohanan sukan di stadium dibenarkan dengan kehadiran penonton mulai 1 April ini - Ismail Sabri
Kerajaan bersetuju untuk mebenarkan kejohanan sukan dengan kehadiran penonton di stadium bermula 1 April ini.

Stadium Nasional Bukit Jalil dapat rumput baharu tidak lama lagi
Stadium Nasional Bukit Jalil di Bandar Sukan Kuala Lumpur (KLSC) bakal dinaik taraf dengan menggantikan rumput baharu tidak lama lagi.

Tony Fernandes sedia kemudi MFL
Tan Sri Tony Fernandes bersedia untuk menerajui Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) jika dicalonkan bagi menggantikan Datuk Hamidin Mohd Amin.

Wanita juga cemerlang dalam dunia pengurusan sukan yang didominasi lelaki
Penglibatan Mimi Afzan di dalam sukan futsal bermula pada 2004 apabila beliau menemani anaknya bersama-sama sekumpulan enam pemain futsal.

Liga-M: Pengadil cetus kontroversi dikenakan tindakan
Pengadil Mohd Fairuzi Mat Desa dikenakan penggantungan daripada sebarang tugasan perlawanan selama dua minggu secara serta-merta.