KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memanggil pemain bola sepak wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli susulan kritikannya terhadap pertukaran pemain dibuat ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon pada aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 di Doha, Qatar yang berkesudahan seri 3-3 dengan Korea Selatan, Khamis lepas.
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman berkata sebagai pemain bola sepak, Intan Sarah atau lebih dikenali Intan Serah tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berkenaan yang dimuat naik menerusi laman X, baru-baru ini.
"Kita akan menilai kenyataan yang beliau (Intan Sarah) maksudkan," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan kepulangan Harimau Malaya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1, Sepang, dari Doha, malam tadi.
Noor Azman juga berkata pihaknya akan meneliti dahulu kenyataan itu sebelum memutuskan tindakan terhadap Intan Serah.
Pemain berusia 24 tahun sebelum ini membuat kenyataan keras apabila mempersoalkan kewajaran Pan Gon menukar penyerang Darren Lok dengan pemain naturalisasi Paulo Josue pada babak kedua perlawanan membangkitkan kemarahan peminat bola sepak tanah air menerusi laman sosial terbabit.
Sebaliknya, Pan Gon membuktikan percaturannya membuahkan hasil apabila Josue menjadi watak penting dengan membuat hantaran kepada Romel Morales sebelum penyerang Kuala Lumpur City FC melepaskan gol penyamaan pada minit akhir masa kecederaan menentang Korea Selatan.
Dalam pada itu, Noor Azman menghargai usaha kerajaan menyalurkan peruntukan RM5 juta seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengurus serta meningkatkan keupayaan skuad bola sepak kebangsaan.
"Kami ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh atas sumbangan RM5 juta. Kami akan berbincang dengan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan (penggunaan dana)," katanya.
Anwar berkata peruntukan berkenaan disalurkan dengan mengambil kira semangat juang tinggi pasukan Harimau Malaya pada saingan Piala Asia 2023, lebih-lebih lagi dengan kejayaan mengikat Korea Selatan, 3-3, di Stadium Al Janoub, Doha.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Noor Azman berkata FAM akan meneliti dahulu kenyataan itu sebelum memutuskan tindakan terhadap Intan Sarah. - Foto akaun X Intan Sarah Anisah Zulgafli
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Kalau semua berhenti kerja sebab surat layang, susahlah - Hannah
Menteri Belia dan Sukan akui surat layang merupakan perkara biasa dalam sesebuah organisasi susulan kemelut yang sedang melanda FAM ketika ini.
Datuk Hamidin nafi tambah khidmat pemain naturalisasi
FAM menegaskan dakwaan tentang pemain naturalisasi bakal diambil badan induk itu dalam masa terdekat bagi memperkuat pasukan adalah palsu.
FAM harap Muhammad Nazmi kekal prestasi tinggi
FAM menaruh harapan agar Muhammad Nazmi Nasaruddin terus menampilkan prestasi tinggi ketika mengadili perlawanan peringkat antarabangsa selepas ini.
FAM umum Juan Torres Garrido dilantik sebagai jurulatih skuad B20
Juan Torres Garrido, diberikan peranan tambahan selepas dilantik sebagai Ketua Jurulatih skuad bawah 20 tahun negara.
FAM panggil Intan Sarah selepas kritik Pan-gon
FAM akan memanggil Intan Sarah susulan kritikannya terhadap pertukaran pemain dibuat ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan-gon.
Hannah mahu FAM guna peruntukan RM5 juta demi pembangunan bola sepak negara
FAM perlu menggunakan peruntukan RM5 juta seperti diumumkan Perdana Menteri hari ini demi pembangunan skuad bola sepak negara.
Hamidin akui projek naturalisasi FAM gagal
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, mengakui projek pemain naturalisasi yang dikelolakan badan induk itu sebelum ini gagal.
FAM umum skuad Harimau Malaya galas cabaran di Qatar
FAM mengumumkan senarai akhir 26 pemain skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon yang akan beraksi pada Piala Asia 2023 di Doha, Qatar dari 12 Jan hingga 10 Feb ini.