MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Julai 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 1 Julai 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus berikhtiar dengan sedaya upaya dan kapasiti yang ada untuk memartabatkan kedudukan Islam dalam kerangka perlembagaan dan semangat Malaysia MADANI.
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menzahirkan komitmen untuk memperkukuh peranan agensi itu agar lebih mantap dan relevan, selaras dengan hasrat serta hala tuju kerajaan dalam mempertingkat kawalan sempadan negara.
Permohonan Bantuan Laptop Siswa Johor untuk anak Johor yang akan memulakan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dibuka mulai hari ini hingga 30 Julai.
Pelanggan Tenaga Nasional Berhad boleh meneliti secara terperinci setiap sen yang dibelanjakan bagi penggunaan elektrik menerusi format bil baharu yang lebih menyeluruh dengan pelaksanaan struktur tarif eletrik baharu yang diumumkan Suruhanjaya Tenaga, baru-baru ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Itali hari ini untuk memulakan siri lawatan rasmi beliau ke tiga buah negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil.
Bekas Naib Presiden UMNO itu memberi gambaran kekal dengan pendirian untuk tidak membuat sebarang rayuan berhubung penggantungannya dalam parti tersebut.
Polis mengesahkan tiada sebarang unsur rogol ke atas penuntut universiti swasta, Maniishapriet Kaur, yang ditemukan mati di sebuah unit apartmen di Cyberjaya minggu lalu.
Polis menumpaskan kegiatan sindiket memproses cecair vape dan jus yang mengandungi dadah, dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Selangor minggu lalu, dengan rampasan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM27 juta.
Pendengaran dan sebutan kes permohonan lucut hak Menara Ilham yang dikaitkan dengan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, ditetapkan pada 6 Ogos depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas bekas pakar patologi yang disabit dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais pada 2015.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami