KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mendedahkan bahawa bapa Jaami Qureshi, pemain remaja berpangkalan di England, inginkan anaknya diberi keistimewaan taraf kerakyatan tanpa perlu melalui proses penilaian teknikal.
Katanya, ia bagi membincangkan panggilan pemain yang akan menyambut hari jadi ke-18 bulan depan itu ke kem latihan pusat skuad Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan menjelang Kejohanan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020, yang kemudian kejohanan itu dibatalkan.
Namun, pada 10 Julai 2020 Perviz Qureshi menyatakan keberatan membenarkan anaknya, Jaami yang berdarah kacukan Iraq-Malaysia, pulang ke tanah air disebabkan tempoh kuarantin yang panjang dan mencadangkan supaya FAM memulakan proses dokumentasi kewarganegaraan anaknya.
Perviz juga keberatan mengizinkan FAM mengirim petugas teknikal untuk menilai kemampuan Jaami.
"Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM tidak akan berkompromi dalam mematuhi peraturan, garis panduan dan undang-undang kerajaan berhubung proses kuarantin berkaitan COVID-19 serta taraf kerakyatan untuk mana-mana individu bagi semua peringkat umur pasukan kebangsaan," kata Mohd Saifuddin dalam kenyataan FAM.
Katanya pada 14 Julai 2020 FAM sekali lagi telah berhubung dengan menyatakan tiga perkara penting perlu dimuktamadkan iaitu yang pertama Jaami harus hadir secara fizikal bagi memenuhi proses permohonan dokumentasi kerakyatan termasuk kad pengenalan dan pasport.
Kedua, Jaami perlu memberikan komitmen untuk memilih Malaysia dan bukan England jika kedua-duanya layak ke Piala Dunia B-20 2021 dan Jaami harus melalui proses ujian pemilihan dari sudut teknikal seperti seorang lagi pemain berpangkalan di luar negara, Wan Ahmad Kuzri Ahmad Kamal.
Bagaimanapun, pada 24 Julai 2020 Jaami sah tidak disenaraikan Ketua Jurulatih skuad B-19 negara ketika itu, Brad Maloney atas sebab tiada persetujuan dicapai antara kedua-dua pihak berhubung tiga perkara penting tersebut.
"Adalah jelas bahawa di sebalik dakwaan FAM tidak mengambil sebarang tindakan, Sekretariat Agung mengambil inisiatif berhubung dengan keluarga Qureshi pada 2020 tetapi atas pelbagai faktor, usaha menjadikan Jaami rakyat Malaysia tidak tercapai.
"Memandangkan Jaami kini memilih kerakyatan Iraq, kami ucapkan selamat maju jaya kepada beliau," kata Mohd Saifuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022

Atas pelbagai faktor, usaha menjadikan Jaami rakyat Malaysia tidak tercapai. - Instagram/ jaamiqureshi

MDEC buka permohonan Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR
MDEC buka permohonan untuk Geran Teknologi Global, Geran Pemangkin 4IR edisi 2022 | Dagang News
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967781/thumbnails/30824897611653009649103_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [20 Mei 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Afiezy Azaman dan Nursyazwani Saiful Sham.

Lagu bernada tinggi, peminat juga perlu memahami - Ziana Zain
Ziana Zain percaya setiap penyanyi akan memberikan persembahan terbaik setiap kali di pentas, dengan kemampuan yang dimiliki.

AWANI Pagi: Sambutan Hari Bomba Sedunia 2022
Rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba. Hakikatnya kini tugas pasukan bomba bukan sekadar memadam kebakaran. Ikuti perbincangan bersama KP JBPM dalam Awani Pagi

Mansuh AP tidak selesai isu kos makanan - Sim Tze Tzin
Pemansuhan AP import makanan tidak akan mencapai matlamat mengurangkan kos harga makanan sebab hanya melibatkan lima jenis makanan.

Program Jom Tengok Bola semai semangat perpaduan rakyat - Halimah
Program anjuran bersama Astro AWANI itu amat bertepatan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Vaksin COVID-19 | WHO luluskan penggunaan kecemasan Cansino
Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi kelulusan kecemasan bagi penggunaan vaksin yang dikeluarkan Cansino Biologics di China. Ini merupakan vaksin kesebelas seumpamnya yang menerima kelulusan.

COVID-19 Global | Jumlah kes baharu melebihi setengah bilion
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di peringkat global kini melebihi setengah bilion. Dalam tempoh 24 jam lepas terdapat pertambahan ratusan ribu kes menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 523 juta.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 2,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 2,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.27 juta kes.

Keanggotaan NATO | Biden alu-alukan permohonan Sweden & Finland
Presiden Joe Biden mengalu-alukan permohonan Sweden dan Finland untuk menganggotai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Jelas beliau, keanggotaan dua negara ini akan menguatkan lagi NATO, yang merupakan asas kepada keselamatan Amerika.

FAM perjelas dakwaan mengenai Jaami Qureshi tidak diberi peluang wakili Malaysia
Perviz Qureshi inginkan anaknya diberi keistimewaan taraf kerakyatan tanpa perlu melalui proses penilaian teknikal.