awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fatehah diduga hilang khidmat Junaidi

Astro Arena
Astro Arena
24/11/2018
11:40 MYT
Fatehah diduga hilang khidmat Junaidi
FATEHAH: Kami hanya bergantung kepada jurulatih remaja negara, Muhammad Edrus Md Yunus.
RATU berbasikal trek, Fatehah Mustapa, berdepan cabaran hebat dalam mengumpul mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 apabila penolong jurulatih negara, Junaidi Mohd Nasir, meletakkan jawatan ekoran masalah peribadi.
Fatehah mendapat tunjuk ajar Junaidi sejak tamat Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu.
Dia mengambil keputusan meninggalkan kem latihan pusat di Melbourne, Australia ekoran masalah peribadi selain cuba mencari angin baru.
Bagaimanapun, Junaidi mengambil keputusan meletakkan jawatan kerana masalah keluarga sekali gus menjejaskan persiapan memburu mata kelayakan Olimpik Tokyo.
"Bagi saya, tidak kisah siapa jurulatih. Cuma, kami memerlukan jurulatih kerana Junaidi sudah tiada di Kuala Lumpur dan kami hanya bergantung kepada jurulatih remaja negara, Muhammad Edrus Md Yunus, di mana kami akan mengikut program yang diadakan," kata Fatehah.
Selain Fatehah, dua lagi pelumba trek negara, Farina Shawati Mohd Adnan dan Anis Amira Rosidi turut berlatih di Malaysia berbanding tiga pelumba lelaki yang diketuai Azizulhasni Awang yang berguru di Eropah ketika ini.
"Junaidi banyak membantu saya kerana sebelum ini, saya seorang diri. Kini, semua berada di sini dan saya lebih fokus. Ia membantu saya, lebih-lebih lagi sudah mempunyai pasangan latihan."
Topic Berkaitan
#atlet Malaysia
#Fatehah Mustapa
#jurulatih
#Olimpik Tokyo
#ratu berbasikal negara
#sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan