Meskipun dilihat sedang menghampiri fasa kejatuhan prestasi, ratu berbasikal trek negara, Fatehah Mustapa enggan mengibarkan 'bendera putih' dan meletakkan titik noktah terhadap kariernya.
Sebaliknya, pelumba kelahiran Terengganu berusia 29 tahun itu optimis dengan fokus serta latihan rapi beliau mampu kembali beraksi pada tahap terbaik sekali gus merealisasikan impiannya untuk menyumbang pingat kepada negara pada temasya Sukan OIimpik Tokyo 2020.
"Bagi saya 'masa' saya belum tamat. Saya masih di pertengahan (antara permulaan dan penghujung karier) dan belum capai lagi matlamat terulung saya. Masih ada beberapa bulan untuk saya berlatih dan kembali ke tahap terbaik sebelum ini.
"Misi utama saya adalah untuk bawa pulang pingat di Tokyo dan apa yang paling penting ketika ini adalah untuk melayakkan diri ke Olimpik. Kemudian baru kita akan mula berfikir cara untuk berada di kedudukan podium di Tokyo," katanya ketika ditemui Bernama di Kejohanan GP Trek Asia Tenggara 2018 di Velodrom Nasional, Nilai di sini, hari ini.
Pemenang pingat emas acara keirin Kejohanan Asia 2012 dan pecut (2013) itu berkata bukan mudah untuk layak ke Olimpik 2020 memandangkan terdapat perubahan pada syarat kelayakan kali ini, namun beliau bersedia berdepan setiap cabaran mendatang.
"Nak kumpul mata ke Olimpik sebenarnya memang susah kerana ia banyak peringkat dan syarat kelayakan baharu ini menjadikan saingannya lebih sengit. Tetapi saya berharap sebelum Kejohanan Dunia 2019 nanti saya dapat berada di kedudukan 15 terbaik untuk sahkan tempat di Tokyo," katanya.
Fatehah sebelum ini mendapat kritikan daripada beberapa pihak susulan prestasi terumbang-ambing di pentas kejohanan antarabangsa termasuk gagal menyumbang sebarang pingat di Sukan Komanwel Gold Coast 2018.
Ekoran masalah prestasi tersebut, beliau yang meraih pingat perak acara keirin pada Sukan Asia 2014 di Incheon sekali gus mencipta sejarah muncul wanita pertama negara memenangi pingat acara berbasikal, turut digugurkan daripada skuad negara ke Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang.
Beliau turut berlatih berasingan daripada skuad elit negara yang menjalani latihan di Melbourne, Australia.
Dalam pada itu, ketua jurulatih negara John Beasely mengakui Fatehah adalah seorang pelumba berbakat namun hanya kerja keras dan fokus yang akan menentukan sama ada beliau mampu beraksi di pentas Olimpik 2020 atau pun tidak.
"Saya fikir semua orang tahun dia tida berada dalam keadaan terbaik. Dia kata dia komited untuk mencuba dan melayakkan diri ke Olimpik. Jadi kita pegang kata dia dan kita akan buat apa yang boleh dilakukan tetapi dia perlu mula lakukan lebih dari dirinya.
"Dia seorang pelumba yang berkualiti dan jika dia boleh dapat minatnya semula dan dia boleh berusaha dan kerja keras .. sudah tentu ia adalah sukar untuk beliau, sebab dia berada jauh di belakang. Jadi dia perlu untuk berada di dalam keadaan terbaik dalam tempoh 12 bulan untuk mendapatkan mata yang banyak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 11 2018
FATEHAH: Saya berharap sebelum Kejohanan Dunia 2019 nanti saya dapat berada di kedudukan 15 terbaik untuk sahkan tempat di Tokyo. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
SUKMA 2024: Berbasikal terus jadi lubuk emas Terengganu
Dua emas itu diperoleh daripada Muhamad Iqbal Daniel Mohd Nawawi dalam kategori individu yang pada masa sama membantu acara berpasukan.
Ranking dunia Azizulhasni naik
Kejayaan Azizulhasni mencipta sensasi pada Kejuaraan Lumba Basikal Trek Asia 2023 menjelmakan perkhabaran gembira kepada ranking atlet itu.
Apabila pingat perak bernilai emas...
"Saya nak rakyat Malaysia tahu yang saya dah lakukan yang terbaik yang saya termampu," kata Azizulhasni.
Azizulhasni, Shah Firdaus masuki 'gear akhir' di Nilai sebelum ke Tokyo
Azizulhasni telah menerima suntikan dos pertama di Australia baru-baru ini manakala Muhammad Shah Firdaus masih belum disuntik sehingga kini.
PKBM percaya Azizulhasni miliki ramuan terbaik rangkul emas Olimpik
'The Pocket Rocketman' itu mempunyai prospek untuk menamatkan penantian emas pertama negara di temasya sukan terbesar dunia itu.
Kerajaan komited bantu atlet raih emas pertama Olimpik pada 2020 - MOM
Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pengumuman kerajaan itu menyuntik semangat atlet dan memberi inspirasi kepada rakyat untuk melihat negara membawa pulang kilauan emas dari Tokyo.
Fatehah enggan kibar 'bendera putih'
Fatehah Mustapa optimis dengan fokus serta latihan rapi beliau mampu kembali beraksi pada tahap terbaik sekali gus merealisasikan impiannya.
Joo Ngan sambut baik kerjasama UIAM-ISN
Joo Ngan menyambut baik kesediaan Kementerian Belia dan Sukan menerusi ISN untuk memperuntukkan RM30 juta bagi pembiayaan kos terowong angin itu, yang turut boleh digunakan atlet sukan lain.