awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Figo ramal PSG julang Liga Juara-Juara

Sinar Harian
Sinar Harian
24/04/2025
00:15 MYT
Figo ramal PSG julang Liga Juara-Juara
Luis Figo menyenaraikan Paris Saint-Germain sebagai pilihan utama untuk menjuarai Liga Juara-Juara musim ini. - Foto Sinar Harian
BEKAS pemenang Ballon d’Or 2000, Luis Figo menyenaraikan Paris Saint-Germain (PSG) sebagai pilihan utama untuk menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) musim ini, susulan prestasi konsisten dan tahap kecergasan pemain yang mengagumkan.
PSG di bawah kendalian Luis Enrique, telah menunjukkan transformasi ketara sejak jurulatih Sepanyol itu mengambil alih pasukan pada 2023.
Misi Enrique untuk mengubah DNA kelab mula membuahkan hasil apabila PSG tampil lebih tersusun dan berpasukan, jauh berbeza daripada era terdahulu yang dipenuhi bintang berprofil tinggi. Les Parisiens mara ke separuh akhir selepas menyingkirkan Liverpool dan Aston Villa.
Mereka bakal berdepan Arsenal yang menewaskan juara bertahan, Real Madrid pada Rabu depan.
“PSG sedang berada dalam prestasi terbaik. Sukar untuk buat ramalan tepat tapi mereka kelihatan sangat bersedia,” kata Figo.
Bekas pemain Real Madrid dan Barcelona itu turut memuji kekuatan Inter Milan, sambil mengakui Barcelona juga berpotensi memburu treble musim ini.
PSG kini memburu penampilan kedua dalam final UCL selepas kali pertama pada 2020, yang menyaksikan mereka tewas 0-1 kepada Bayern Munich di Lisbon. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PSG
#Liga Juara-Juara
#UCL
#Luis Figo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan