awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025

Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000

Khalis Khadir
Khalis Khadir
15/12/2024
09:36 MYT
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong. - Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal merangkul gelaran sulung Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas tewas dengan gandingan China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.
Habuan bernilai AS$210,000 (RM934,688) berpihak kepada pemenang emas Sukan Olimpik Paris 2024 itu selepas pertarungan sengit tiga set dengan 21-18, 14-21, 21-17 dalam tempoh 75 minit.
Selaku naib juara, pasangan di kedudukan kelapan dunia itu membawa pulang wang kemenangan AS$100,000 (RM445,000) serta 12,000 mata ranking.
Ini adalah penampilan kedua Tang Jie-Ee Wei di Jelajah Dunia Akhir selepas debut tahun lalu menyaksikan mereka terkandas di peringkat kumpulan.
Pada Sabtu, Tang Jie-Ee Wei mengalahkan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai apabila menang straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit.
Topic Berkaitan
#beregu campuran negara
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
#Jelajah Dunia BWF
#naib juara
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.