awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Guru silat mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap tiga murid lelaki
DUNIA
Presiden AS Trump komited kepada klausa pertahanan bersama NATO
MALAYSIA
Lelaki maut dihempap runtuhan papan tanda batu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Final Piala FA: 750 pegawai, anggota polis pantau keselamatan

Bernama
Bernama
20/07/2023
20:41 MYT
Sponsor Banner
Final Piala FA: 750 pegawai, anggota polis pantau keselamatan
Polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi arahan dan menjaga keharmonian serta tidak membawa masuk barang yang dilarang ke dalam stadium.
JOHOR BAHRU: Seramai 750 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan bagi memantau serta mengawal keselamatan pada perlawanan akhir Piala FA antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Sabtu ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pemantauan keselamatan dengan kerjasama marsyal stadium itu termasuk dalam memastikan kelancaran lalu lintas pada hari berkenaan.
Beliau berkata ramai penyokong dijangka menyaksikan aksi kedua-dua pasukan itu, justeru orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan dan menjaga keharmonian serta tidak membawa masuk barang yang dilarang ke dalam stadium.
"Polis dan marsyal akan bekerjasama bagi memastikan perlawanan akhir Piala FA berjalan lancar kerana dijangkakan ramai penyokong akan datang ke stadium.
"Jadi, orang ramai dinasihat dengar arahan, jaga disiplin dan keharmonian serta tidak membawa barang yang dilarang kerana pihak keselamatan akan memastikan ia tidak dibawa masuk ke dalam stadium," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kawalan keselamatan pihak polis bagi perlawanan akhir Piala FA edisi ke-33 itu, yang dijadual berlangsung di gelanggang juara bertahan JDT, di Stadium Sultan Ibrahim pada 9 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala FA
#polis
#keselamatan
#Stadium Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami