PETALING JAYA: Menyewa sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dan melantik pengadil luar negara berkelayakan untuk mengendalikan teknologi itu pada final Piala Malaysia 2023 akan menelan perbelanjaan yang tinggi.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam ketika ditanya sama ada cadangan itu akan dipertimbangkan untuk memastikan VAR dapat dilaksanakan pada final Piala Malaysia tahun ini.
Selain menyasarkan untuk mengunakan kepakaran tempatan, Stuart berkata, MFL perlu berbelanja secara berhemah dalam pelaksanaan penggunaan VAR untuk Liga Malaysia (Liga-M).
"Kekangan utama sentiasa mengenai bajet dan sumber yang terhad, jadi kami perlu berhemah dalam berbelanja. Saya percaya ketika kali pertama VAR dilaksanakan pada final Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) 2022 di Bukit Jalil (Stadium Nasional), ia sekali pun tidak digunakan.
"Saya percaya AFC belanja lebih ratus ribu hanya untuk sewa dan pasang VAR di Bukit Jalil. Jadi kami perlu berhemah untuk pastikan pelaksanaannya dilakukan dengan betul supaya tiada kesilapan berlaku," katanya pada sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya, di sini, pada Jumaat
Cadangan menyewa VAR dan melantik pengadil luar timbul selepas Stuart sebelum ini berkata, VAR belum pasti digunakan pada final Piala Malaysia 2023 disebabkan beberapa perkara, antaranya aspek infrastruktur, capaian Internet dan ketersediaan pengadil tempatan.
Sementara itu, Stuart berkata, keputusan sama ada VAR bakal digunakan pada final Piala Malaysia 2023 akan diketahui selepas kursus VAR melibatkan barisan pengadil tempatan berakhir Disember ini.
"Kalau MFL sediakan infrastruktur tapi pengadil belum sedia tak guna juga, kalau pengadil sedia dan infrastruktur tak sedia tak guna juga, saya hanya boleh mengesahkan perkara itu selepas kursus habis untuk adakan perbincangan bagi menyediakan garis masa yang sesuai," katanya.
Terdahulu, Stuart bersama Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman meninjau sesi latihan fasa kedua VAR yang disertai 40 pengadil tempatan bersama 14 'replay operator' (RO) di sini.
"Bagi pihak FAM kami cuma menyiapkan pengadil. Pengadil kami terdiri daripada 20 pengadil, 20 penolong pengadil dan 14 RO, kesemua mereka akan menjalani tiga fasa kursus dan sekarang fasa yang kedua.
"Fasa ketiga pada November dan Disember ini dan selepas itu lengkaplah kursus VAR, kemudian kita tunggu penilaian FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) terhadap barisan pengadil yang kita cadang dibuat pada Mac tahun depan," kata Noor Azman. - BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
Stuart berkata, keputusan sama ada VAR bakal digunakan pada final Piala Malaysia 2023 akan diketahui selepas kursus VAR melibatkan barisan pengadil tempatan berakhir Disember ini. - Gambar fail/Bernama
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Final Piala Malaysia: Sewa VAR, lantik pengadil luar telan kos tinggi
Menyewa sistem VAR dan melantik pengadil luar untuk mengendalikan teknologi itu pada final Piala Malaysia 2023 akan menelan perbelanjaan yang tinggi.
PSM rancang pasang sistem VAR di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penggunaan VAR dilengkapi minimum lapan kamera, disifatkan sesuai dengan standard SNBJ selaku stadium utama di Malaysia.