awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Final Piala Suzuki AFF: Thailand buat Indonesia terus kempunan gelaran

Astro Arena
Astro Arena
01/01/2022
15:12 MYT
Final Piala Suzuki AFF: Thailand buat Indonesia terus kempunan gelaran
Hasrat Indonesia untuk menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat kali pertama tidak kesampaian selepas tewas dengan Thailand menerusi agregat 6-2. - Foto FA Thailand
HASRAT Indonesia untuk bangkit daripada ketinggalan empat gol secara agregat dan menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat kali pertama tidak kesampaian selepas terikat 2-2 dengan Thailand dalam aksi final kedua di Stadium Nasional Singapura, Kallang sebentar tadi.
Gol daripada Adisak Kraisorn dan Sarach Yooyen, yang diapit jaringan Ricky Kambuaya dan Egy Maulana Vikri buat Indonesia, sudah cukup untuk menobatkan pasukan Gajah Perang itu selaku juara buat kali keenam selepas turut memenangi kejohanan serantau itu dalam edisi 1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016.
Biarpun membawa kelebihan besar selepas memenangi perlawanan pertama 4-0 pada Rabu lalu, Thailand, bagaimanapun, bergelut untuk menyaingi rentak permainan pantas Indonesia sehingga dibolosi oleh sepakan dari luar kotak penalti Ricky Kambuaya seawal minit ketujuh.
Namun, pasukan bimbingan Alexandre Polking itu bangkit memaparkan aksi berbeza dalam separuh masa kedua untuk menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh dua minit.
Pemain gantian, Adisak, hanya memerlukan sembilan minit selepas dimasukkan untuk menyamakan kedudukan selepas memanfaatkan situasi kelam-kabut di depan gawang Garuda pada minit ke-54 sebelum Sarach menghasilkan melepaskan rembatan kencang dari luar kawasan penalti untuk menewaskan penjaga gol, Nadeo Argawinata, buat kali kedua pada minit ke-56.
Pemain tengah Indonesia, Egy Maulana Vikri, sekurang-kurangnya memastikan Indonesia tidak tewas dalam perlawanan itu menerusi jaringan penyamaannya pada minit ke-80 tetapi akur pasukannya sekadar bergelar naib juara buat kali keenam selepas edisi 2000, 2002, 2004, 2010, 2016
Keputusan penuh: THAILAND 2 INDONESIA 2 (Thailand bergelar juara dengan kemenangan agregat 6-2)
Topic Berkaitan
#Piala AFF
#Thailand
#Indonesia
#Stadium Nasional Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan