Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu skuad hoki kebangsaan tidak memikirkan kembali kegagalan layak ke Sukan Olimpik Rio 2016, sebaliknya lebih fokus untuk beraksi pada edisi 2020 di Tokyo.
Al-Sultan Abdullah bertitah, pasukan di bawah bimbingan ketua jurulatih Roelant Oltmans itu perlu memenangi dua aksi 'play-off' kelayakan temasya 2020 bertemu pasukan Great Britain di Pusat Hoki dan Tenis Lee Valley, London, pada 2 dan 3 Nov ini.
Seri Paduka bertitah, menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia untuk melihat skuad negara layak beraksi di temasya sukan terbesar itu, dan baginda mendoakan agar kemenangan berpihak kepada Malaysian Tigers, sekali gus layak bersaing di Olimpik Tokyo 2020.
"Saya harap semua pemain akan terus berusaha.
"Pastikan semua cukup cergas...makan cukup. InsyaAllah, bila terbang (berlepas ke London) nanti, kamu semua bermain untuk negara, bermain untuk seluruh rakyat Malaysia dan tidak lupa untuk Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia," titah baginda.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian pada Majlis Santapan Hi-Tea Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama Pasukan Hoki Negara di Istana Negara hari ini.
Seri Paduka Baginda berdua disambut Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal.
Sementara itu, Al-Sultan Abdullah yang pernah menjadi Presiden KHM dari 2008 hingga 2015, juga merancang menjemput atlet kebangsaan yang lain bagi menghadiri program seumpama itu dalam tempoh baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.
"Saya memang menantikan hari ini...menjemput atlet ataupun pemain kebangsaan. Bukan sahaja pasukan hoki.
"Namun hari ini, agak istimewa. Untuk pengetahuan semua, pasukan ini adalah yang pertama datang ke Istana Negara untuk majlis jamuan teh bersama saya," titah baginda.
Untuk rekod, Great Britain di bawah bimbingan Danny Kerry akan dibarisi pemain pasukan di ranking ketujuh dunia England, Wales (18) dan Scotland (19) sementara skuad kebangsaan kini menghuni ranking ke-11 dunia.
Kali terakhir Malaysia beraksi pada temasya sukan terbesar dunia itu adalah pada Sukan Olimpik Sydney 2000. -- Bernama
Bernama
Fri Oct 11 2019
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berangkat pulang pada Majlis Santapan Hi-Tea bersama Pasukan Hoki Negara di Istana Negara hari ini. - BERNAMA
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Pertabalan Raja Charles III: Agong, Permaisuri berangkat tiba di London
Lawatan Khas Seri Paduka Baginda berdua ke London itu adalah atas persilaan Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Baginda sebagai Pemerintah UK di Westminster Abbey pada Sabtu ini.
Agong, Permaisuri berangkat ke London, hadiri pertabalan Raja Charles III
Ia bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Pemerintah United Kingdom (UK) di Westminster Abbey pada Sabtu ini.
Presiden UAE meninggal dunia: Agong berkenan kibar bendera peribadi separuh tiang lima hari
Allahyarham Sheikh Khalifa Zayed meninggal dunia semalam pada usia 73 tahun.
Ismail Sabri tinggalkan Istana Negara
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 di Istana Negara pada jam 2.28 petang, hari ini.
Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Tak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat
Keperibadian berjiwa rakyat yang tinggi menjadi sebab mengapa baginda berdua sering dilihat tidak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat.
Ulang Tahun Perkahwinan ke-35 Pasangan Diraja: Biodata Yang Di-Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah diputerakan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang.
#AgongKita: Kaji semula program pembangunan sukan untuk lahir atlet berjaya, titah Al-Sultan Abdullah
Sultan Abdullah bertitah adalah menjadi impian mana-mana pemimpin, apatah lagi sebagai ketua utama negara untuk melihat kejayaan atlet negara menjulang nama Malaysia.
#AgongKita: Institusi Yang di-Pertuan Agong bukan sekadar simbol
Sultan Abdullah bertitah banyak pihak menyatakan rakyat di negara ini dilihat semakin berpecah belah, namun Seri Paduka berpandangan ia tidak serapuh seperti yang dikatakan.
Al Sultan Abdullah pencetus inspirasi bola sepak Malaysia, Asia - AFC
Shaikh Salman juga secara peribadi menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas sumbangan dan komitmen cemerlang baginda terhadap pembangunan bola sepak.
Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba di Dataran Parlimen
Al-Sultan Abdullah kemudian berangkat ke Istana Negara untuk istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan.