PEMAIN tengah Real Madrid, Luka Modric, berkemungkinan besar terlepas aksi timbal balik pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Paris Saint-Germain (PSG) pada 6 Mac selepas mengalami kecederaan hamstring.
Pemain kebangsaan Croatia itu tidak menjalani latihan semalam dan disahkan tidak beraksi berdepan Leganes dalam aksi LaLiga di Butarque.
Ketua jurulatih, Zinedine Zidane, berharap kecederaan Modric ringan tetapi tidak mengetahui bila dia akan kembali beraksi.
"Modric mengalami kecederaan hamstring," jelas Zidane. "Saya sentiasa meletakkan kepercayaan kepada pegawai perubatan pasukan ini, saya berharap dia akan kembali beraksi bersama kami."
Ketiadaan Modric ini menyaksikan dia sebagai pemain terbaru mengalami kecederaan sejak kemenangan 3-1 ke atas PSG.
Toni Kroos mengalami masalah lutut manakala Marcelo digantikan kerana mengalami kecederaan hamstring ketika pasukan meraih kemenangan 5-3 ke atas Real Betis.
Zidane bagaimanapun berharap ketiga-tiga pemain mampu kembali beraksi di Parc des Princes.
"Saya sentiasa positif. Saya tidak suka kami terpaksa bermain tanpa tiga atau empat pemain utama pasukan, tetapi berharap kecederaan mereka tidak berpanjangan."
Astro Arena
Tue Feb 20 2018

Ketiadaan Modric (gambar) ini menyaksikan dia sebagai pemain terbaru mengalami kecederaan sejak kemenangan 3-1 ke atas PSG. Foto Astro ARENA

Lelaki maut ketika mencari siput
Mangsa ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia petang tadi.

Intervensi awal penting bagi anak sindrom down belajar dan berdikari - Ras Adiba
Intervensi awal amat penting untuk anak-anak Sindrom Down bagi memastikan mereka dapat belajar lebih cepat dan mampu berdikari.

Kerajaan negeri, pihak berkuasa keselamatan pantau SOP bazar Ramadan
Kerajaan negeri akan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa keselamatan seperti polis dan askar.

Jaringan Leandro, Bergson bantu JDT atasi Sri Pahang FC
Jaringan dua pemain import Leandro Velazquez dan Bergson da Silva menghadiahkan kemenangan kesembilan buat Johor Darul Ta'zim (JDT).

COVID-19 | Peningkatan kes global membimbangkan - WHO
Jumlah kes COVID-19 global setiap minggu meningkat hampir dua kali ganda sepanjang dua bulan lepas. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jumlah kes baharu ketika ini semakin hampir mencecah kadar jangkitan tertinggi yang pernah direkodkan dalam pandemik ini.

Kelindan lori terlibat kemalangan dengan ambulans meninggal dunia
Kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah ambulans membawa pesakit COVID-19, maut ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada Jumaat.

Iklan Judi Raya | Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan
Pelakon iklan kontroversi Hari Raya yang tular pada Jumaat, tampil membuat penjelasan dan mengakui dia serta pelakon-pelakon lain yang terlibat, tidak tahu iklan itu dikaitkan dengan aktiviti judi. Saifullah Mohd Yunus mendedahkan kepada MStar, dia hanya mengetahui iklan terbabit mempromosikan perjudian dalam talian selepas 70 peratus proses penggambaran selesai.

Video Tular | Iklan judi hina agama Islam - JAKIM
Kandungan video dipercayai mengandungi iklan judi sempena Hari Raya Aidilfitri menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan | MBPP keluarkan 23 notis amaran
23 notis amaran dikeluarkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kepada penganjur =bazar Ramadan di negeri itu yang gagal memastikan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh tiga hari Ramadan.

Takziah | Jenazah Abu Bakar selamat dikebumikan
Jenazah pelakon veteran Abu Bakar Omar, 72 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru di Alor Setar, pada 5.40 petang Jumaat. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai dari kediamannya di Jalan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang untuk disembahyangkan.

Pengawal peribadi dipukul: Kerajaan perlu wujudkan jawatankuasa khas elak hina agama
Kerajaan perlu mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mengukuhkan perpaduan sesama rakyat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.

Pelajar sekolah diheret beberapa meter selepas kaki tersepit pintu bas
Seorang pelajar perempuan hanya mengalami cedera ringan selepas diheret beberapa meter akibat kakinya tersepit di pintu sebuah bas.

Warga Myanmar maut kemalangan MPV, treler di Lebuhraya PLUS
Kyauk Khae, 42 tahun, yang duduk di bahagian penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mekanik maut motosikal ditunggang langgar jengkaut
Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu jengkaut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tujuh maut dalam gempa di Jawa Timur
Gegaran kuat dengan kekuatan 6.0 magnitud itu melanda perairan luar pesisir terletak kira-kira 45 kilometer di barat daya bandar Malang di Jawa Timur.

Pemandu dipercayai terlelap punca bas ekspres terbabas, terbalik - Polis
Polis tahan pemandu bas ekspress dipercayai terlelap

Bas ekspres terbabas dekat Terowong Menora, 14 penumpang cedera
Seramai 14 penumpang cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan di Kilometer 265.

20 rumah hangus, 100 penduduk Kampung Simunul hilang tempat tinggal
Dua puluh rumah atas air musnah dalam kebakaran di Lorong 5, Kampung Simunul di sini pagi tadi menyebabkan kira-kira 100 penghuni hilang tempat tinggal.

Kecederaan lutut, bintang Bayern Munich Lewandowski direhatkan sebulan
Lewandowski cedera selepas Poland menumpaskan Andorra 3-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 pada Ahad.

Tegur pemandu tidak guna lampu isyarat, lelaki dibelasah hingga patah tujuh gigi
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 21 tahun yang memandu kereta jenis Honda S660 dikatakan berselisih dengan sebuah lagi kenderaan Perodua Alza.