awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua panel Gaza sifatkan kehilangan nyawa "menyayat hati", gesa patuhi gencatan senjata
Kumpulan pecah cermin kereta dan curi tumpas, lima ditahan
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Glasgow sah tuan rumah Sukan Komanwel 2026

Bernama
Bernama
22/10/2024
11:21 MYT
Glasgow sah tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Hanya 10 sukan akan dipertandingkan pada edisi kali ini di empat venue berbanding 19 sukan pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England. - Foto Akaun X Commonwealth Sport
KUALA LUMPUR: Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) mengesahkan Glasgow sebagai bandar tuan rumah Sukan Komanwel 2026 yang akan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos, sekali gus menganjurkan temasya itu buat kali kedua selepas 2014.

Ringkasan AI
  • Glasgow Tuan Rumah Sukan Komanwel 2026: Glasgow akan menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 dari 23 Julai hingga 2 Ogos, menganjurkan temasya itu buat kali kedua selepas 2014.
  • Pengurangan Bilangan Sukan: Hanya 10 sukan akan dipertandingkan di empat venue dalam radius 12.8 km, berbanding 19 sukan pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham.
  • Penarikan Diri Victoria dan Tawaran CGF: Victoria, Australia menarik diri sebagai tuan rumah kerana peningkatan kos. CGF menawarkan dana kepada Malaysia dan negara lain untuk menjadi tuan rumah, tetapi Malaysia menolak tawaran tersebut.

CGF dalam kenyataan hari ini memaklumkan hanya 10 sukan akan dipertandingkan pada edisi kali ini di empat venue sekitar radius 12.8 kilometer (km) berbanding 19 sukan pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England.
"Acara sukan yang akan dipertandingkan adalah olahraga dan olahraga para, renang dan renang para, gimnastik artistik, berbasikal trek dan berbasikal trek para, bola jaring, angkat berat dan powerlifting para, tinju, judo, boling dan boling para, bola keranjang 3x3 dan bola keranjang kerusi roda 3x3.
"Empat venue pula melibatkan Stadium Scotstoun, Pusat Renang Antarabangsa Tollcross, Arena Emirates termasuk Velodrom Sir Chris Hoy, dan Scottish Event Campus (SEC)," menurut kenyataan itu.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif CGF Katie Sadleir berkata mereka berbesar hati untuk mengesahkan temasya berkenaan akan diadakan di Glasgow.
Glasgow confirmed as the hosts of the 2026 Commonwealth Games! Read the full announcement here | https://t.co/9FNaxziTdS#Glasgow2026 pic.twitter.com/WGg77QuO3s
— Commonwealth Sport (@thecgf) October 22, 2024
"Temasya ini menjanjikan festival sukan yang sangat menarik, meraikan budaya dan kepelbagaian yang memberi inspirasi kepada atlet dan sukan, dengan pengalaman peminat yang lebih mudah diakses berbanding sebelum ini," katanya.
Victoria di Australia sepatutnya menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026, tetapi menarik diri pada Julai tahun lepas ekoran peningkatan kos penganjuran, daripada jangkaan awal A$2.6 bilion (kira-kira RM8.09 bilion) kepada A$7 bilion (kira-kira RM21.78 bilion).
CGF menawarkan suntikan dana sebanyak GBP100 juta (RM602 juta) kepada Malaysia, yang menjadi tuan rumah Sukan itu pada 1998, dan negara anggota lain untuk menjadi tuan rumah, sekali gus menyelamatkan temasya sukan yang diadakan setiap empat tahun sekali itu.
Bagaimanapun Mac lepas Malaysia menolak tawaran CGF untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 selepas menimbangkan semua aspek penganjuran, termasuk implikasinya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Glasgow
#tuan rumah
#Sukan Komanwel 2026
#acara dipertandingkan
#tarik diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan