awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian PSSCM sumbang kepada pembangunan bangsa, negara
Provokasi Israel iktiraf 'Somaliland' terima kecaman global
Kemalangan ragut 10 nyawa di timur laut Brazil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gol masa kecederaan Forestieri lonjak JDT ke tangga teratas Liga Super

Bernama
Bernama
11/05/2022
16:24 MYT
Gol masa kecederaan Forestieri lonjak JDT ke tangga teratas Liga Super
Negeri Sembilan selaku penyandang takhta liga sebelum ini terpaksa berpuas hati pada kedudukan kedua dengan 14 mata. - Gambar/ Facebook Johor Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa berhempas-pulas sebelum berhasil menewaskan pasukan Negeri Sembilan FC 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.
Dalam pertembungan itu, penyerang import Argentina Fernando Forestieri muncul wira buat JDT selepas menjaringkan gol pada masa kecederaan, sekali gus menyaksikan pasukan itu kini di tangga teratas liga dengan 15 mata.
Negeri Sembilan selaku penyandang takhta liga sebelum ini terpaksa berpuas hati pada kedudukan kedua dengan 14 mata.
Di KUANTAN dalam satu lagi aksi Liga Super, Sri Pahang FC berputih mata apabila tewas 1-2 kepada Sarawak United di Stadium Darul Makmur.
Pahang terlebih dahulu memecah kebuntuan gol menerusi sepakan deras Manuel Hidalgo dari luar kotak penalti pada minit ke-48.
Sarawak bangkit menyamakan kedudukan melalui jaringan Nur Shamie Iszuan Amin pada minit ke-54 yang memanfaatkan hantaran rakan sepasukan Francis Kone.
Insiden Muhammad Gopi dikasari oleh Muhammad Arshad menghadiahkan sepakan penalti buat Sarawak yang disempurnakan Uche Agba pada minit ke-72, justeru menoktahkan kemenangan skuad Bujang Senang.
Dalam pada itu, Perak FC menundukkan Skuad Projek FAM-MSN 1-0 dalam perlawanan tunggal Liga Premier malam ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Gol perlawanan dijaringkan kapten pasukan Perak Firdaus Saiyadi pada minit ke-63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Liga Super
#Negeri Sembilan FC
#Stadium Paroi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan