awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golf: Shariffuddin, Paul ketuai cabaran Malaysia di Masters Selangor

Bernama
Bernama
22/11/2022
21:45 MYT
Golf: Shariffuddin, Paul ketuai cabaran Malaysia di Masters Selangor
Kejohanan Masters Selangor tajaan PKNS itu diadakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah. - Facebook Seri Selangor Golf Club
PETALING JAYA: Shariffuddin Ariffin dan Paul San mengetuai cabaran Malaysia pada Kejohanan Masters Selangor di Kelab Golf Seri Selangor bermula hari ini hingga Sabtu ini.
Shariffuddin, 22, dan Paul, 25, masing-masing berada di kedudukan ketujuh dan kesembilan dalam Order of Merit Jelajah Pembangunan Asia (ADT), perlu memanfaatkan peluang bermain di negara sendiri untuk layak antara 10 pemain teratas ke Jelajah Asia 2023.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata walaupun pandemik COVID-19 telah menghalang penganjuran acara itu pada 2020-2021, ia kembali semula dengan penyertaan 135 pemain profesional dan amatur untuk memburu hadiah wang tunai AS$150,000 (RM687,000).
"Bila dengar ada peluang untuk menjadi tuan rumah untuk ADT, kami segera rebut peluang tersebut, walaupun ketika saat akhir," katanya dalam satu sidang media Selangor Masters 2022, di sini, semalam.
Menurut beliau, kejohanaan tajaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu diadakan sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah.
Kejohanan itu turut disertai pemain Thailand nombor satu dan dua dalam Order of Merit ADT iaitu Suteepat Prateeptienchai dan Chonlatit Chuenboonngam, masing-masing telah memenangi AS$57,538 (RM263,524) dan AS$56,138 (RM257,112) setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#golf
#Kejohanan Masters Selangor
#ADT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan