SEPANG: Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP Fabio Quartararo melaungkan amaran dalam usahanya mempertahankan kejuaraan dunia menjelang perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini.
Ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu Francesco Bagnaia dari Team Ducati Lenovo, Quartararo berkata beliau akan mengharungi perlumbaan kali ini dengan cara berbeza dan mengambil sedikit risiko dalam penetapan jentera, selain mengakui tidak berada dalam tekanan bagi membantunya dalam perlumbaan nanti.
Malah, pelumba kelahiran Perancis berusia 23 tahun itu mengakui telah melupakan kekecewaannya selepas gagal menamatkan perlumbaan pada GP Australia, minggu lepas.
"Saya kurang menghayati perlumbaan minggu lepas, tapi kali ini saya berada dalam keadaan yang baik...saya hanya perlu meletakkan diri saya pada keadaan terbaik. Saya akan pastikan MotoGP kali ini dalam mood yang berlainan.
"Pada ketika ini, saya dapat rasakan yang saya tidak rugi apa-apa... Ini adalah antara trek kegemaran dan saya akan berikan yang terbaik terutamanya pada pusingan kelayakan," katanya pada sidang media praperlumbaan semalam.
Menjelang perlumbaan di Sepang, Quartararo kini mengumpul 219 mata, 14 mata di belakang pendahulu Bagnaia (233 mata) manakala Aleix Espargaro dari Aprilia Racing pula di tempat ketiga dengan 206 mata.
Bagnaia atau lebih dikenali dengan panggilan Pecco kemungkinan dinobatkan sebagai juara dunia pada GP Malaysia jika beliau berjaya mendahului sekurang-kurangnya 25 mata.
"Sudah tentu ada tekanan, pada ketika ini saya gembira tapi perlu selesaikan tugas dan fokus saya adalah itu (tugas)," katanya.
Pada masa sama, Espargaro sudah bersiap sedia untuk penampilan GP ke-300 di Sepang.
"Saya gembira dan sangat bangga kerana berlumba dalam kejuaraan MotoGP adalah impian setiap kanak-kanak tapi untuk kekal lama dalam kerjaya ini adalah lebih sukar. Penampilan ke-300 adalah suatu yang sukar dipercayai, mudah-mudahan saya dapat jadikan ia sesuatu untuk diingati di Malaysia," kata pelumba Sepanyol berusia 33 tahun itu.
Beliau berkata misinya adalah untuk menghalang Bagnaia daripada terus mendominasi perlumbaan, bagaimanapun mengakui ia bukan sesuatu yang mudah.
"Pastinya sesuatu yang sukar kerana apa dipamerkan terutamanya pada bahagian kedua kejuaraan adalah menakjubkan, tapi saya akan buat yang terbaik...dan sedikit agresif pada hari perlumbaan," katanya.
GP Malaysia yang kembali ke Litar Sepang selepas dua tahun dibatalkan susulan pandemik COVID-19 akan membuka tirai dengan sesi latihan bebas esok, diikuti sesi kelayakan pada Sabtu dan hari perlumbaan pada Ahad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Fabio Quartararo pada sidang media MotoGP 2022, di Litar Antarabangsa Sepang, 20 Okt 2022. --BERNAMA

Kelayakan Euro 2024: Perancis menang bergaya, benam Belanda 4-0
Perancis memenangi perlawanan pertama sejak kekalahan di final Piala Dunia apabila mengatasi Belanda 4-0 bagi memulakan kelayakan Euro 2024 dengan penuh bergaya.

AWANI Ringkas: Kerja pembaikan paip pecah selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS
Kadar pencen lapuk, kerajaan digesa tambah baik PHU, ELS

Pelarian Rohingya gagal lari ke Malaysia
Penahanan kumpulan termasuk wanita dan kanak-kanak itu dibuat di bandar Thanbyuzayat di selatan Yangon.

KPDN Terengganu gerakkan 116 penguat kuasa Op Pantau 2023
Lokasi yang dipantau termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar tani, pasar raya dan aktiviti jualan dalam talian.

AWANI Ringkas: Sediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Azeem raih emas acara 100 meter di Florida
Azeem menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.32 saat sekali gus meninggalkan sembilan pelumba lain.

Mangsa banjir di Johor menurun kepada 263 orang pagi ini
Kesemua 64 keluarga itu ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi ketika ini.

Syarikat korporat, individu disaran selaraskan bantuan Ramadan, Aidilfitri
Perkara ini bertujuan memastikan sumbangan itu dapat diagihkan secara sistematik dan terus kepada golongan terlibat.

7 tip khatam al-Quran di bulan Ramadan
Rebutlah ganjaran yang Allah tawarkan di sepanjang bulan penuh kemuliaan, Ramadan.

MS puas hati prestasi skuad terjun negara di GP Malaysia
Atlet kebangsaan telah mempamerkan aksi memberangsangkan pada kejohanan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas.

SIC puas hati GP Malaysia tarik lebih 163,000 penonton
Azhan Shafriman Hanif berkata beliau amat berpuas hati dengan jumlah kehadiran itu dan berazam untuk memperbaiki segala kelemahan.

Binder catat masa terpantas sesi latihan MotoGP
Pelumba dari Afrika Selatan Brad Binder mencatatkan masa terpantas pada dua sesi latihan bebas menjelang Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix Malaysia 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

GP Malaysia: Saya tidak rugi apa-apa - Quartararo
Quartararo berkata, akan mengharungi perlumbaan kali ini dengan cara berbeza dan mengambil sedikit risiko dalam penetapan jentera.

Tiada pelumba negara beraksi musim penuh punca jualan tiket perlahan
Strategi tradisi menggunakan pelumba tempatan berlumba atas tiket wildcard kali ini tidak mampu menarik kehadiran peminat.

Tahap keselamatan tertinggi sepanjang GP Malaysia - PDRM
Polis memberi jaminan aspek keselamatan pada tahap tertinggi bagi memastikan kelancaran saingan perlumbaan GP Motosikal Malaysia 2022 di SIC.

Jualan tiket GP Malaysia capai lebih 50 peratus - SIC
Azhan Shafriman berkata, biarpun SIC berdepan cabaran tertentu, pihaknya berusaha keras untuk memastikan sasaran 170,000 penonton tercapai.

GP Malaysia: Damok sahut cabaran untuk berada di kelompok utama
Pelumba muda negara Syarifuddin Azman bertekad untuk berada dalam kelompok hadapan meskipun hanya beraksi atas tiket wild card' Moto3 pada pentas Kejuaraan MotoGP di Grand Prix (GP) Malaysia 2022.

Peluang lihat wakil negara beraksi di GP Malaysia masih terbuka
Zulfahmi berkata usaha untuk memastikan pelumba negara mendapat tiket wild card bagi beraksi di Sepang sedang giat berjalan.

MotoGP: SIC masih tunggu kelulusan anjur GP Malaysia 2022
Azhan menaruh harapan permohonan penganjuran GP Malaysia itu akan diluluskan selepas berakhirnya Ujian Musim Sejuk MotoGP 2022.