KUALA LUMPUR: Pemegang rekod acara pecut 100 meter (m) kebangsaan Khairul Hafiz Jantan memutuskan untuk tidak menyertai acara riben biru itu pada Kejohanan Grand Prix (GP) Malaysia di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, bermula esok.
Sebaliknya, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur yang terkenal dengan jolokan 'The Speedy Jantan' memilih mengambil bahagian dalam acara 400m pada kejohanan dua hari itu.
Jelasnya, keputusan itu disebabkan beliau sudah lebih setahun tidak beraksi dalam acara berkenaan setelah dibelenggu kecederaan pangkal paha di kedua-dua belah kakinya.
"Bagi saya, 400m sebagai permulaan untuk membina semula kekuatan diri dan mental selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan awal tahun ini. Biar saya beraksi dalam acara yang menguji ketahanan dahulu.
"Saya juga seorang pelari 400m pada awalnya dengan rekod peribadi 47.70 saat (s) dan jika saya dapat mencapai sasaran 48s pada kejohanan ini, ia petanda baik untuk kembali memberi tumpuan kepada 100m," katanya pada sidang media kejohanan itu di Stadium Mini MSN di sini hari ini.
Khairul Hafiz, 22, meleburkan rekod 100m kebangsaan berusia 18 tahun milik Watson Nyambek (10.30s) dengan catatan 10.18s pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 di Kuching, Sarawak.
Ketiadaan Khairul Hafiz dalam acara 100m GP Malaysia menambah kepudaran saingan acara berkenaan selepas raja pecut Asia Tenggara Muhammad Haiqal Hanafi juga tidak mengambil bahagian susulan kecederaan buku lali.
Sementara itu, atlet lompat tinggi negara Lee Hup Wei yang kini menduduki ranking ke-19 dunia, mengakui teruja untuk memulakan edisi kedua GP Malaysia itu sehingga sukar tidur lena selepas 14 bulan tidak menyertai sebarang kejohanan kompetitif.
"Saya hanya ingin kembali beraksi dan bersaing, kali ini matlamat saya untuk mencari semula rentak biarpun rata-rata pencabar adalah atlet junior. Sasaran saya adalah ingin mencapai lompatan antara 2.10m atau 2.15m," tambah beliau.
Lompatan setinggi 2.29m adalah rekod peribadi terbaik Hup Wei yang dilakar pada Kejohanan Olahraga Dunia 2019 sementara rekod kebangsaan acara itu dipegang seorang lagi atlet lompat tinggi Nauraj Singh Randhawa dengan catatan 2.30m.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 09 2021
Hafiz (tengah) yang terkenal dengan jolokan 'The Speedy Jantan' memilih mengambil bahagian dalam acara 400m pada kejohanan dua hari itu. - Bernama
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir
Muhammad Azeem ungguli saringan kedua dengan catatan 10.24s, Khairul Hafiz di tempat keempat dengan catatan 10.46s pada saringan pertama.
Olahraga ATF: Khairul Hafiz Jantan rancang terus bina momentum deras
Khairul Hafiz sasar kepantasan 10.10s pula dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bangkok, Julai depan.
Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.
Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz dedah hampir bersara pada 2019
Liku hidup Khairul bermula dengan tumpuan lensa yang tidak pernah henti pada 2017 namun ia bersifat sementara.
Dua bekas raja pecut Sukan SEA "lolos" ke final
Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan berjaya melayakkan diri ke saingan akhir 100 meter (m) lelaki edisi 2023 hari ini.
Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz Jantan sebak kembali harumkan nama negara
Khairul Hafiz melahirkan kerinduannya untuk terus menjadi sandaran negara dalam setiap temasya penting.
Khairul Hafiz lega, Sukan SEA 2023 mungkin yang terakhir buat Zaidatul?
Detik indah dinikmatinya hanya bertahan seketika susulan prestasinya yang kian merudum selain dihimpit masalah kecederaan.
Skuad pecut lelaki negara sapu bersih pingat 100m di Australia
Skuad pecut lelaki negara, mencipta sensasi apabila menyapu bersih pingat perlumbaan pemanas badan Sukan SEA, Kemboja pada Kejohanan Siri Shield: Darren Thrupp Shield di Queensland, Australia semalam.
Pelari pelapis Sabah cipta sensasi, tewaskan atlet senior
Pelari pecut pelapis dari Sabah, Pengiran Aidil Auf Hajam mencipta sensasi apabila berjaya memenangi pingat emas acara 200 meter (m) lelaki di Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan.
Haiqal, Khairul Hafiz gagal lepasi had kelayakan ke Hanoi
Muhammad Haiqal berlari di atas permukaan trek basah akibat cuaca hujan dan melintasi garisan penamat dengan catatan masa 10.58s.