awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GP Olahraga Para Dunia: Muhammad Ammar Aiman sambar perak di Dubai

Bernama
Bernama
14/02/2025
09:30 MYT
GP Olahraga Para Dunia: Muhammad Ammar Aiman sambar perak di Dubai
Muhammad Ammar meraih perak bagi acara 400 meter (m) lelaki T20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Grand Prix Olahraga Para Dunia Dubai.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Atlet olahraga para Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi menghadiahkan pingat perak buat negara bagi acara 400 meter (m) lelaki T20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Grand Prix Olahraga Para Dunia Dubai 2025, Rabu lepas.
Beliau yang mencatatkan 49.33 saat (s) tidak berupaya menandingi larian 49.10s pemenang gangsa Sukan Paralimpik Paris 2024 Yovanni Philippe dari Mauritius untuk mendominasi saingan di trek olahraga Dubai Club for People of Determination.
Pingat gangsa pula menjadi milik Serhii Sapietchenkov dari Ukraine menerusi catatan 49.99s.
Pencapaian itu sekali gus menyaksikan skuad negara menutup kempen di Emiriah Arab Bersatu dengan menduduki tempat ke-19 secara keseluruhan menerusi dua emas, tiga perak dan dua gangsa.
Emas negara disumbangkan Muhammad Nazmi Nasri bagi acara lompat jauh lelaki T36/T37/T38 (kecacatan fizikal) dan Muhammad Noorhelmie Mohd Rabi bagi acara 100m lelaki T12 (kecacatan penglihatan).
Dua lagi perak dimenangi Noor Imanina Idris bagi acara lontar peluru wanita F20 (kecacatan intelektual) serta Mohd Shahmil menerusi lontar peluru lelaki F53/F54/F55/F56 (kecacatan fizikal) manakala dua gangsa pula dihadiahkan wakil lempar cakera lelaki F55/F56 (kecatatan fizikal) Muhammad Amirul Alif Abdul Raof serta Siti Noraidah Suherman daripada acara lontar peluru wanita F20 (kecacatan intelektual)
India muncul juara keseluruhan dengan sembilan emas, lapan perak dan empat gangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GP Olahraga Para Dunia
#Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi
#raih perak
#Dubai
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan