awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gross pastikan Brighton kutip satu mata berharga

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
27/04/2019
21:28 MYT
Gross pastikan Brighton kutip satu mata berharga
Pascal Gross (tengah) menanduk masuk gol penyamaan Brighton untuk pasukan itu mengutip satu mata berharga. - Foto Twitter/@OfficialBHAFC
JARINGAN Pascal Gross memastikan Brighton and Hove Albion mengutip satu mata berharga untuk memastikan mereka terus kekal di Liga Perdana Inggeris (EPL), namun belum lagi selamat.
Brighton hanya terpisah empat mata daripada zon penyingkiran dengan baki dua perlawanan lagi musim ini.
Perlawanan yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan Gross menanduk masuk gol penyamaan menentang Newcastle United pada minit ke-75, selepas Glenn Murray menghantar bola kepadanya dengan tandukan ke arah gawang.
Namun, Brighton yang beraksi di halaman sendiri terlepas peluang keemasan untuk mendapatkan gol kemenangan, apabila tandukan Glenn Murray di hadapan gol tersasar.
Newcastle yang melakar dua kemenangan berturut-turut dalam aksi EPL sebelum itu mendahului perlawanan menerusi Ayoze Perez pada minit ke-18.
Perez bagaimanapun terpaksa dikeluarkan pada minit ke-33 akibat kecederaan.
Aksi pada Sabtu itu menyaksikan Brighton seri 1-1 dengan skuad bimbingan Rafael Benitez itu.
Brighton kini mengumpul 35 mata di tangga ke-17 liga, empat mata dihadapan pasukan di tangga ke-18, Cardiff City yang tumpas 1-0 kepada Fulham pada Sabtu.
Selepas ini, Newcastle akan menerima kunjungan bekas pasukan pengurus mereka, Liverpool di St. James’ Park sementara Brighton akan bertandang ke Stadium Emirates melawan Arsenal.
Berikut keputusan EPL lain yang berlangsung pada Sabtu:
Tottenham 0-1 West Ham Crystal Palace 0-0 Everton Fulham 1-0 Cardiff Southampton 3-3 Bournemouth Watford 1-2 Wolves
Topic Berkaitan
#Ayoze Perez
#Brighton and Hove Albion
#EPL
#Glenn Murray
#Liga Perdana Inggeris
#Newcastle United
#Pascal Gross
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan