awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
Lelaki OKU cedera dalam kebakaran babitkan tujuh rumah di Jinjang
Perhebat gerakan boikot, desak hentikan kekejaman ke atas tahanan Palestin - BDS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guardiola harap Aguero terus tingkatkan sumbangan

Astro Arena
Astro Arena
23/09/2018
01:37 MYT
Guardiola harap Aguero terus tingkatkan sumbangan
Sergio Aguero meraikan gol pertama Manchester City semasa perlawanan EPL menentang Cardiff City di Stadium Cardiff City, Cardiff, Britain, 22 Sept, 2018. REUTERS
SERGIO Aguero tampil buat kali ke-300 buat Manchester City ketika berdepan Cardiff City pada lewat malam semalam, sebelum menyumbat gol pembukaan dalam kemenangan 5-0 tetapi pengendali pasukan, Pep Guardiola, berharap agar penyerang itu tidak menamatkan kariernya di England lebih awal.
Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman itu kembali ke dalam kesebelasan utama dalam kunjungan ke selatan Wales, selepas diletakkan di bangku simpanan ketika aksi Liga Juara-Juara Eropah, di mana City tewas 2-1 di tangan Olympique Lyon.
Aguero membuka tirai jaringan di Stadium Cardiff City selepas 32 minit permainan, apabila menyudahkan hantaran Bernardo Silva dengan rembatan kaki kanan, membuatkan Guardiola gembira dengan prestasinya.
"Diharapkan, Aguero akan terus menyumbang buat kelab dan tidak bersara atau berhijrah ke pasukan lain," kata Guardiola.
"Dia beraksi dengan baik, mencipta peluang dan semestinya ia menjadi prestasi yang bagus.
"Aguero mengalami sedikit kecederaan tetapi dia kembali dengan baik."
Jaringan pembukaan Aguero disusuli dengan gol daripada Bernardo Silva dan Ilkay Gundogan tatkala kedua-dua pemain itu sering membuatkan benteng Cardiff kucar-kacir.
Riyad Mahrez turut meletakkan nama dalam senarai penjaring, apabila menyumbat dua gol buat pasukannya dan Guardiola berpendapat pemain-pemainnya mempamerkan aksi lebih mantap berbanding sewaktu menundukkan Fulham 3-0, minggu lalu.
"Saya rasa kami bermain lebih baik berbanding aksi bertemu Fulham.
"Kami lebih dinamik selepas melalui keputusan buru pada pertengahan minggu.
"Ia tidak mudah tetapi selepas meraih dua gol, segalanya lancar. Kami menampilkan permainan baik dan mencipta peluang bagus.
"Aksi semalam sangat hebat."
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Cardiff City
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester City
#Pep Guardiola
#Sergio Aguero
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan