LAPORAN yang memetik pengurus Manchester City, Pep Guardiola, telah bersetuju untuk mengambil alih Juventus adalah sesuatu "yang amat mengarut", ulas salah seorang ahli lembaga pengarah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Laporan agensi berita Itali, AGI, semalam mendakwa Juve sudah pun mencapai kata sepakat dengan Guardiola untuk menggantikan Massimiliano Allegri yang mengumumkan perpisahannya minggu lalu.
Menurut saluran berita itu, pengurus berbangsa Catalan itu bersedia menandatangani kontrak selama empat tahun bernilai €24 juta (RM112.48j) setiap musim bersama Bianconeri pada 4 Jun ini sebelum diperkenalkan kepada media, 10 hari kemudian.
Bagaimanapun, Pegawai Eksekutif Kumpulan Bola Sepak City, Alberto Galassi, menolak khabar angin tersebut sambil menyatakan Guardiola ingin terus berada di Stadium Etihad dan ia hasrat yang disampaikan sendiri oleh pengurus itu sebelum perlawanan akhir Piala FA menentang Watford, minggu lalu.
"Sebagai ahli lembaga pengarah Manchester City, saya sangat terkejut apabila membaca banyak berita yang yang tidak masuk akal," kata Galassi kepada Sky Sport Italia.
"Yang pertama, pengurus kami mahu kekal dan kontraknya masih ada dua tahun lagi. Yang kedua, mana-mana kelab seperti Juventus tidak akan mengeluarkan berita-berita seumpama itu.
"Adalah mustahil City tidak dimaklumkan dan Juve tidak menghubungi kami beberapa hari sebelum majlis pengenalan itu diadakan. Ia satu berita yang tidak berasas dan palsu sama sekali.
"Dia tidak mahu pergi, sebab itulah masalah tidak wujud kerana ia satu berita yang tidak wujud."
Galassi mengesahkan beliau sempat berjumpa dengan Naib Pengerusi Juve, Pavel Nedved, mengenai khabar angin tersebut.
Beliau menambah: "Kami sama-sama tertawa, kami sedar isu tersebut adalah tidak masuk akal.
"Saya minta maaf kepada peminat Juventus tetapi mereka perlu mencari calon yang lain.
"Berilah ruang kepada Pep untuk menikmati percutiannya."
Astro Arena
Fri May 24 2019
Laporan Pep Guardiola akan ke Juventus adalah satu berita palsu. - Gambar fail.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
Guardiola ke Juventus berita mengarut
Laporan pengurus Manchester City, Pep Guardiola bersetuju ambil alih Juventus adalah satu yang tidak masuk akal.