awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guardiola 'rosakkan' bola sepak - Luca Toni

Sinar Harian
Sinar Harian
17/10/2024
05:35 MYT
Guardiola 'rosakkan' bola sepak - Luca Toni
Guardiola terkenal kerana menggunakan false nine berbanding penyerang tradisional semasa beliau mengendalikan Barcelona. - Gambar/ AP
LEGENDA bola sepak Itali secara berseloroh menuduh Pep Guardiola 'merosakkan' permainan dan kerjayanya selepas memperkenalkan sistem false nine dalam bola sepak.
Luca Toni, pemain Itali yang memegang rekod penjaring gol keempat terbanyak sepanjang zaman, bertemu dengan Guardiola dan bekas rakan sepasukan antarabangsa Roberto Baggio di sebuah restoran di Lombardi, Itali.
Ketiga-tiga bekas pemain itu disatukan kerana pernah bermain untuk kelab Brescia semasa karier mereka.
Semasa makan malam, Toni bergurau bahawa taktik revolusi Guardiola menghalangnya daripada mencari kelab sebelum bersara.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu terkenal kerana menggunakan false nine berbanding penyerang tradisional semasa beliau mengendalikan Barcelona.
Toni termasuk dalam kategori penyerang tradisional dan menyifatkan taktik Guardiola yang digunakan secara meluas memberi kesan negatif kepada kariernya.
“Pep, awak merosakkan bola sepak,” kata Toni dalam video Instagram dan disusuli gelak ketawa Guardiola.
"Dengan false nine, saya tidak dapat mencari pasukan selama empat tahun. Serius. Bolehkah anda memberitahu bahawa anda hanya menggunakan false nine dengan (Lionel) Messi? Adakah anda suka penyerang tengah?"
Menjawab dalam bahasa Itali, Guardiola berkata: "Saya memiliki (Erling) Haaland, 60 gol. Kami memenangi treble bersama penyerang itu, tetapi penyerang tengah mesti bagus!," katanya.
Guardiola dipuji secara meluas kerana mencipta false nine, peranan yang menyaksikan penyerang itu jatuh lebih dalam untuk menerima hantaran dan mengeksploitasi ruang antara pemain tengah lawan dan pertahanan.
Messi cemerlang dalam peranan ini di Barcelona, ​​dengan Guardiola memperkenalkannya sistem itu sebelum pertemuan dengan Real Madrid. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#Pep Guardiola
#Luca Toni
#false nine
#Lionel Messi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan