PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola, memuji aksi permainan Bristol City sehingga membuatkan pasukannya terpaksa menunggu jaringan saat-saat akhir untuk mencatat kemenangan 2-1 dalam saingan separuh akhir pertama, awal pagi tadi.
Bristol sebelum ini mencipta kejutan apabila menundukkan beberapa pasukan daripada Liga Perdana Inggeris (EPL), termasuk Manchester United di peringkat suku akhir dan mengejutkan City dengan gol pendahuluan menerusi sepakan penalti Bobby Reid pada minit ke-44.
Bagaimanapun, jaringan Kevin De Bruyne dan Sergio Aguero dalam babak kedua membolehkan City mengesahkan tempat dalam final, namun Guardiola tetap mengakui bahawa keinginan lawan untuk mencipta kemenangan membuatkan aksi tersebut seronok untuk disaksikan.
"Ia memberikan kebaikan kepada bola sepak dan peminat sendiri apabila dua pasukan beraksi seperti ini," ujar Guardiola selepas meneruskan kempen tanpa kalah di peringkat domestik kepada 32 perlawanan.
"Perkara itu memastikan sesebuah perlawanan itu menjadi lebih hebat. Ia juga membuatkan kami sentiasa perlu berusaha untuk menewaskan lawan.
"Kami bertemu pelbagai pasukan pada musim ini dan bermain dalam banyak corak tetapi kami sentiasa mampu menemui formula untuk menang," katanya.
"Saya tidak tahu apa yang akan berlaku di penghujung musim tetapi saya menghormati pemain-pemain yang sangat profesional dan memberikan segala-galanya buat pasukan."
Guardiola memulakan perlawanan tanpa dua penyerang utama, Aguero dan Gabriel Jesus, sambil mempertaruhkan Bernardo Silva di barisan depan.
"Bernardo beraksi beberapa kali di posisi itu, begitu juga dengan Raheem Sterling apabila meletakkan lima pemain di barisan bawah.
"Ia bukan posisi yang sebenar tetapi kami perlu melakukan penggiliran dan melibatkan semua pemain. Semua pemain berada dalam persaingan kecuali David Silva," katanya lagi.
Astro Arena
Wed Jan 10 2018
Pemain Manchester City, John Stones, beraksi bersama pemain Bristol City, Bobby Reid pada perlawanan di Stadium Etihad, Manchester, Britain, 9 Jan, 2018. Action Images via REUTERS
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Kecederaan otak akibat tanduk bola risiko pemain bola sepak hidap demensia - Kajian
Tiada bukti risiko pemain bola sepak hidap demensia dikaitkan dengan gaya hidup mereka.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Piala AMEC: Hannah Yeoh titip pesanan buat Harimau Malaya
Menteri Belia dan Sukan memahami transisi yang berlaku dalam Harimau Malaya, namun, beliau optimis sekiranya skuad fokus, mereka boleh melaksanakannya.
EPL: Manchester City tamat kemarau kemenangan atasi Nottingham Forest
Jaringan Bernando Silva, Kevin De Bruyne dan Jeremy Doku menoktahkan rekod buruk City untuk kembali memperbaiki kedudukan dalam kelompok empat teratas.
Tiada istilah skuad kedua Harimau Malaya - Dollah Salleh
Dollah Salleh percaya tiada istilah skuad pertama mahupun kedua membabitkan pasukan kebangsaan itu yang bakal menggalas tugas negara pada saingan Piala ASEAN 2024 bermula Ahad ini.
KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
NADSAR bakal pacu ekosistem sukan dron di Malaysia
NADSAR diperkenalkan hari ini bagi memacu ekosistem pembangunan sukan dron sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam industri dron yang semakin berkembang di Malaysia.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.