PERASAAN pelumba muda negara, Muhammad Hafiq Mohd Jafri bercampur baur selepas memenangi pingat perak acara perlumbaan mata (points race) junior lelaki pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 pada Sabtu.
Menurut Hafiq, kejayaan meraih perak itu setidak-setidaknya dapat mengubati kekecewaannya selepas gagal membawa pulang sebarang pingat dalam acara kegemarannya, omnium pada Jumaat.
“Semalam (Jumaat) bukan rezeki saya meraih pingat dalam acara omnium. Sudah tentu saya agak kecewa kerana saya meletakkan sasaran untuk meraih pingat, bukannya dalam acara points race.
“Tetapi saya tetap bersyukur kerana hari ini (Sabtu) saya bangkit daripada kekecewaan untuk meraih pingat perak acara points race. Alhamdulillah... hari ini (Sabtu) rezeki saya menang pingat,” katanya.
Dalam saingan final, Hafiq terpaksa akur dengan kekuatan pelumba Indonesia, Nurahmat Syeihan Muhammad yang meraih pingat emas, manakala wakil Korea Selatan, Jo Jeongu membawa pulang gangsa.
Hafiq berkata, Nurahmat mempunyai kelebihan dari segi ketahanan (endurance) bagi mengharungi saingan final perlumbaan mata itu yang melibatkan 80 pusingan (20 kilometer).
“Saya lihat Nurahmat ada endurance yang berbeza dengan saya pada perlumbaan ini. Dia berjaya mengekalkan endurance diri dari awal sehingga akhir perlumbaan.
“Sebaliknya, saya kurang endurance... cuma saya lebih kepada kekuatan tenaga sahaja. Itu yang membezakan kami kerana Nurahmat kuat dari segi endurance dan tenaga,” jelasnya.
Hafiq yang meraih perak acara omnium pada ACC 2022 di New Delhi, India berpeluang menambah pingat apabila bakal membuat penampilan dalam acara madison pada Isnin.
“Saya akan cuba yang terbaik untuk meraih pingat dalam acara madison nanti. Jika berjaya, ia boleh dianggap satu bonus buat diri saya,” ujar pelumba berusia 18 tahun kelahiran Melaka itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 17 2023
Hafiq memenangi pingat perak pada acara perlumbaan mata ACC 2023 di Velodrom Nasional, Nilai pada Sabtu. - Foto FB Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia/Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
SUKMA 2024: Muhammad Hafiq tekad hadiah pingat untuk Melaka
Katanya, walaupun acara yang bakal disertainya bukan acara kegemaran, namun beliau mahu memberikan kayuhan terbaik sekali gus menaiki podium.
Hafiq bangkit tebus kecewa
Ia setidak-setidaknya dapat mengubati kekecewaannya selepas gagal membawa pulang sebarang pingat dalam acara kegemarannya, omnium.