awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajat Sivasangari ke pentas akhir Klasik London tersekat

Bernama
Bernama
07/09/2025
00:20 MYT
Hajat Sivasangari ke pentas akhir Klasik London tersekat
Sivasangari ditunjukkan jalan keluar selepas kalah 7-11,7-11, 11-7, 5-11 dalam tempoh 68 minit. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hajat jaguh skuasy wanita negara S.Sivasangari melangkah ke pentas akhir bagi mempertahankan kejuaraan Klasik London tersekat, apabila tewas kepada pemain ranking kelima dunia dari Mesir Amina OrfI pada Sabtu.
Pada perlawanan separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) berstatus emas di Alexandra Palace, London, Sivasangari ditunjukkan jalan keluar selepas kalah 7-11,7-11, 11-7, 5-11 dalam tempoh 68 minit.
Ia kemenangan kelima Orfi sepanjang enam pertemuan menentang Sivasangari, yang menghuni ranking kelapan dunia itu.
Kali terakhir Sivasangari tewas kepada pemain sama ialah pada peringkat suku akhir Terbuka British, Jun lepas.
Dalam pada itu, nasib sama menimpa pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow, apabila tewas kepada pemain nombor tiga dunia dari New Zealand Paul Coll 3-11, 5-11, 7-11.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Klasik London
#Sivasangari
#amina orfi
#akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan