KUALA LUMPUR: Penentuan hak sebagai tuan rumah penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) diputuskan secara bersama dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA dianggotai wakil kesemua 14 negeri.
Majlis Sukan Negara (MSN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pendekatan terpakai adalah penggiliran mengikut zon dan setiap negeri diberikan peluang untuk menjadi tuan rumah temasya yang menjadi platform pertandingan untuk atlet berumur bawah 21 tahun.
Menurut MSN sistem pusingan tuan rumah SUKMA mengikut zon mula dilaksanakan pada 2002 di Sabah.
Sistem zon dibahagikan kepada lima iaitu Zon Utara melibatkan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang; Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor); Zon Timur 1 (Pahang, Terengganu, Kelantan); Zon Timur 2 (Sabah, Sarawak) dan Zon Barat (Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan).
"Mengikut sistem penggiliran tuan rumah, Kelantan sepatutnya menjadi tuan rumah pada 2012, namun diberikan kepada Pahang apabila Kelantan tidak bersedia dari segi kemudahan dan infrastruktur sukan yang perlu disiapkan oleh pihak kerajaan negeri," menurut kenyataan itu.
BACA: Penganjuran SUKMA: Kelantan tidak pernah dianaktiri - Khairy
Sementara itu, MSN menjelaskan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA pada Mei 2015 telah memilih Perak selaku tuan rumah edisi 2018 dan Johor (2020) serta meminta Kelantan mempertimbangkan kesediaan sebagai tuan rumah SUKMA 2022.
Namun, mesyuarat jawatankuasa sama pada Mac 2019 telah meluluskan cadangan penggiliran tuan rumah antara kerajaan negeri dan MSN, menyaksikan MSN menjadi tuan rumah pada 2022 selain memutuskan untuk berbincang dengan kerajaan Kelantan bagi pengganjuran edisi 2024.
"Ekoran penularan wabak COVID-19, Mesyuarat khas Jawatankuasa Tertinggi SUKMA pada 9 Nov 2020 telah bersetuju dengan permintaan kerajaan Johor untuk menunda penganjuran SUKMA ke tahun 2022," menurut kenyataan itu.
Mesyuarat khas itu turut memutuskan MSN akan menganjurkan SUKMA ke-21 bersama-sama Selangor atau Wilayah Persekutuan pada 2024 sementara Kelantan sebagai tuan rumah SUKMA 2026.
Bagaimanapun, MSN menjelaskan Johor memohon kepada Jawatankuasa Tertinggi SUKMA supaya diberikan hak penganjuran Sukma 2024 dan mesyuarat pada Oktober 2021 meluluskan permohonan itu serta MSN selaku tuan rumah pada SUKMA 2022.
Dalam pada itu, MSN berkata hak Kelantan selaku tuan rumah SUKMA ke-22 pada 2026 tetap kekal seperti diputuskan sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022
MSN berkata hak Kelantan selaku tuan rumah Sukma ke-22 pada 2026 tetap kekal seperti diputuskan sebelumnya.
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.
Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.
Nur Farah Aziera tekad bawa kilauan pingat pada penampilan terakhir di SUKMA 2024
Anak kelahiran Pontian berusia 21 tahun itu yakin dan optimis memberikan persembahan terbaik berbekal pengalaman serta latihan yang dilalui.
SUKMA: Terengganu terima tamparan awal, Sarawak langkah kiri di laman sendiri
Ketua pasukan Johor Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.