awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Emas boleh langkau RM700 segram di Malaysia susulan pengukuhan ringgit
Malaysia di landasan tepat jadi tuan rumah APG 2027 - KBS
Sektor kreatif digital, animasi berimpak tinggi agenda baharu TVET - TPM Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim Danish serap ilmu berguna di GP Malaysia

Bernama
Bernama
26/10/2025
08:23 MYT
Hakim Danish serap ilmu berguna di GP Malaysia
Hakim Danish yang sedikit kecewa dengan keputusan pada penampilan sulungnya itu bagaimanapun tetap menghargai pengalaman dikutipnya hari ini. - Bernama
SEPANG: Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli menganggap pengalaman sulungnya Kejuaraan Motosikal Grand Prix (GP) Malaysia 2025 sebagai peluang berharga menimba ilmu dan memperbaiki kemahiran, meskipun terpaksa menamatkan perlumbaan kelas Moto3 lebih awal akibat masalah teknikal jentera.
Pelumba berusia 18 tahun itu berkata walaupun jentera yang ditungganginya mati berbaki lima pusingan, pengalaman berlumba di samping pelumba bertaraf dunia seperti Jaume Masia memberikan motivasi dan keyakinan untuk menghadapi musim penuh Moto3 tahun depan.
Hakim Danish yang sedikit kecewa dengan keputusan pada penampilan sulungnya itu bagaimanapun tetap menghargai pengalaman dikutipnya hari ini.
"Perasaan sangat gembira dapat berlumba dengan pelumba juara utama sebab mereka memang laju. Itu adalah pengalaman bagi saya," katanya ketika ditemui selepas tamat perlumbaan.
Perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang itu juga medan untuk beliau mempelajari teknik pelumba handalan dunia, menyesuaikan diri dengan pengendalian jentera di tahap tertinggi dan membina keyakinan diri.
"Saya belajar banyak perkara terutama cara mereka kawal motor di kelas perlumbaan tinggi ini. Saya akan terus perbaiki diri untuk persediaan musim depan," katanya.
Terdahulu, beliau yang mewakili pasukan AEON CREDIT SICRacing MSI memulakan perlumbaan di petak ke-12 sebelum melonjak ke tempat ke-11, namun terpaksa menghentikan perlumbaan susulan masalah teknikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hakim Danish
#gp malaysia
#Moto3
#Kejuaraan Motosikal Grand Prix
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan