KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA), Putera Ali Al Hussein bagi membincangkan pelbagai aspek kerjasama di Amman, semalam.
Pada pertemuan itu, Hamidin berkata, Putera Ali yang juga Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia Barat (WAFF) dimaklumkan mengenai pembangunan di Malaysia terutama bola sepak wanita dan akar umbi yang perlu diberi lebih penekanan dengan beberapa pendekatan strategik.
Beliau berkata, kedua-dua pihak juga berkongsi pandangan dan potensi kerjasama dua hala dalam sukan itu bukan saja bersama Jordan malah bersama negara Asia Barat di bawah WAFF.
"Terima kasih kepada Putera Ali yang meluangkan masa beliau untuk membincangkan kemungkinan kerjasama bola sepak dua hala antara Malaysia dan Jordan.
"Kita juga merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan dengan Jordan merangkumi semua peringkat umur, termasuk skuad kebangsaan wanita, futsal dan bola sepak pantai di bawah kalendar FIFA nanti," kata Hamidin dalam kenyataan FAM hari ini.
Hamidin juga optimis perbincangan itu akan memanfaatkan kedua-dua negara dalam jangka masa panjang.
Hadir sama pada pertemuan itu ialah Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Haji Rahman; Setiausaha Agung JFA, Samar Nassar dan Setiausaha Agung WAFF, Khalil Al-Salem.
Menurut kenyataan itu, pada dasarnya kedua-dua pemimpin badan induk itu menyambut baik cadangan hubungan Malaysia-Jordan dan Asia Barat ditingkatkan ke tahap yang lebih komprehensif.
"Ketua jurulatih skuad Malayan Tigress Soleen Al-Zou'bi yang berasal dari Jordan juga dilihat mampu mengukuhkan lagi hubungan dua hala ini," menurut kenyataan itu.
Soleen sebelum ini adalah Ketua Unit Bola Sepak Wanita dan Penolong Pengarah Teknikal di JFA dan melapor diri di Wisma FAM pada 1 Dis tahun lepas. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2023

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kiri) melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden JFA, Putera Ali Al Hussein bagi membincangkan pelbagai aspek kerjasama di Amman, semalam. - Gambar ihsan FAM

Konvoi Kembara buka tirai sambutan 60 tahun Sarawak Merdeka
Konvoi Kembara Sarawak Merdeka menjelajah 12 Bahagian di negeri ini akan membuka tirai sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka tahun ini bermula Mei hingga Ogos ini.

Penerbangan dibatalkan akibat mogok di Jerman
Lapangan Terbang Munich Jerman terpaksa membatalkan semua penerbangan yang dijadualkan pada Ahad dan Isnin akibat mogok, lapor Agensi Anadolu.
![AWANI 7:45 [24/03/2023] – Bantuan Aidilfitri penjawat awam | 203 makanan naik harga AWANI 7:45 [24/03/2023] – Bantuan Aidilfitri penjawat awam | 203 makanan naik harga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015480/16574789461679663503750_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [24/03/2023] – Bantuan Aidilfitri penjawat awam | 203 makanan naik harga
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof Tumpuan #AWANI745 malam ini: Berita baik buat penjawat awam, bantuan khas kewangan Aidilfitri dibayar 17 April Inflasi kekal 3.7 peratus, 203 item makanan rekod kenaikan harga Bermula September 2024, tiada lagi monopoli Puspakom periksa kenderaan Selepas berbulan-bulan senyap, Zainab akhirnya tuntut Rafizi minta maaf #AWANInews

AWANI Ringkas: SM Faisal, Emilia akan cuba selesai kes luar mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Manfaatkan Ramadan untuk bentuk penyatuan ummah - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu rakyat khususnya yang beragama Islam memanfaatkan bulan Ramadan untuk membentuk penyatuan ummah.

Zainab Mohd Salleh tampil perjelas dakwaan isteri kedua Abdul Latiff
Wanita yang dikenali dengan nama Zainab Mohd Salleh yang didakwa sebagai isteri kedua Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff tampil melalui peguamnya Yusfarizal Yusoff menjelaskan dakwaan tersebut.

KKM galak sediakan kod QR, mudahkan aduan kualiti makanan
Kementerian Kesihatan Malaysai galakkan setiap negeri menyediakan imbasan kod QR di bazar Ramadan bagi memudahkan orang ramai mengemukakan aduan berhubung kualiti makanan dan kebersihan.

Amalan tidak jejas penyampaian perkhidmatan - CUEPACS
Amalan segelindir penjawat awam bawahan yang berlagak berkuasa seperti pegawai di peringkat tertinggi tidak terlalu serius sehingga boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
![[TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam [TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015473/16574787851679661843390_640x360.jpg)
[TERKINI] Gangguan bekalan air di 55 kawasan di Klang, Shah Alam
Air Selangor menerusi kenyataan memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang. Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 55 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam bermula jam 10 malam ini. Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 6 pagi, 25 Mac 2023 (Sabtu).

1,839 premis seluruh negara diperiksa sepanjang dua hari Ramadan - KPDN
Daripada jumlah itu hanya tiga premis dikompaun atas kesalahan kecil seperti tidak mempamer tanda harga dan alat penimbang tamat tempoh.

Mukhairi Ajmal alami jangkitan kuman di perut, tidak sertai skuad B-22 di Singapura
Pemain tengah Selangor FC, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi,tidak akan menyertai skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara pada Kejohanan Piala Merlion 2023 di Singapura bermula Jumaat ini.

Gantung pengadil: FAM adakan siasatan menyeluruh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan siasatan menyeluruh terhadap pengadil, Zulkarnain Zakaria dalam masa terdekat.

Tindakan gantung pengadil, langkah proaktif FAM
Tindakan penggantungan ke atas pengadil yang mengadili aksi Liga Super antara Sabah FC dan Penang FC Jumaat lepas, disifatkan satu langkah proaktif diambil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Hamidin, Collina bincang penggunaan VAR dalam bola sepak tempatan
Penggunaan VAR adalah antara perkara penting dibincangkan Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dalam pertemuannya dengan Pierluigi Collina di Kongres FIFA ke-73 di Kigali, Rwanda semalam.

Tiket Harimau Malaya lawan Turkmenistan, Hong Kong mula dijual hari ini
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan harga RM30 ditetapkan bagi tempat duduk terbuka dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Sukan Olimpik Paris: Kejayaan hadir dengan kerjasama semua pihak - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, yakin Sukan Olimpik Paris 2024 mampu menghadirkan pingat emas sulung negara.

KBS tawar peruntukan naik taraf rumput padang bola sepak di setiap negeri
KBS menawarkan peruntukan melalui dana geran padanan kepada semua exco belia dan sukan negeri bagi menaik taraf padang bola sepak dengan penanaman rumput jenis Zeon Zoysia di padang terpilih.

Hamidin dan Presiden FIFA Infantino bincang pembangunan bola sepak Malaysia
Kedua-dua mereka juga mengenal pasti peluang untuk pembangunan berterusan bola sepak di Malaysia.

MOM hormati FAM tak hantar skuad B-23 ke Sukan Asia
MOM belum mengadakan perbincangan lanjut berhubung keputusan berkenaan dengan FAM.

Presiden FAM menghadap Sultan Selangor
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima menghadap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.